SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum...
Terdapat 3 golongan manusia yang hampir-hampir melangkah masuk ke dalam syurga namun akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka....

1-Seorang Mujahid
Seorang mujahid yang berjuang dan akhirnya dia mati syahid.Dia hampir melangkah ke dalam syurga tapi sebelum dia melangkah, Allah bertanya kepadanya,'Wahai Mujahid,kenapa kamu masuk ke dalam syurga?"

Berkatalah oleh dia kepada Allah,"Aku masuk ke dalam syurga kerana aku mati syahid kerana berjuang ke jalanMu Ya Allah."

Kemudian Allah menjawab,"Kamu cuma berdusta,kau sebenarnya bukan berjuang untuk aku tapi kau berjuang dan syahid hanya untuk dikenang sebagai wira dan mahu diangkat sebagai hero di dalam masyarakat selepas kematianmu.."maka dengan itu si mujahid ini dilemparkan di dalam api neraka.

2-Seorang yang mengajar ilmu kepada orang.
Orang ini hampir sahaja melangkah masuk ke dalam syurga apabila Allah bertanya kepadanya,"Wahai kamu,tahukah kamu mengapa kamu masuk ke dalam syurga?"

Lalu si guru pun menjawab,"Aku masuk ke dalam syurga kerana semasa hidupku,aku mengajar ilmu kepada orang,ilmu yang bermanafaat,ilmu yang supaya orang semakin memdekatimu Ya Allah."

Lalu Allah berkata,"Kau tipu,sebenarnya kau mengajarkan ilmu ketika hidupmu buka untuk itu,kau hanya mahu mengajar kerana hendak wang,glamor dan dihormati sebagai guru,seorang ustaz,seorang guru,alim ulama' yang mengajar ilmu aku kepada mereka.Maka atas sebab itu juga kau akan Aku masukkan ke dalam neraka Ku."

3-Si Kaya Raya yang suka bersedekah.
Sudah hampir menjejakkak kaki ke dalam syurga tapi sebelum itu bertanya Allah kepadanya,"Wahai hambaku,tahukah kamu mengapa kamu mendapat balasan syurgaKU?"

Maka dijawab olehnya,"Wahai Tuhanku,aku dahulu semasa hidupku telah kau kurniakan aku dengan kekayaan dan dengan harta kurniaanMU itu aku gunakan untuk jalanMU,aku bersedekahkan kepada anak yatim,aku berikan kepada orang miskin pendek kata hartaku banyak kugunakan demi untuk kepentingan memartabatkan agama Ya Allah."

Sekali lagi Allah menjawab,"Kau tipu dalam beribadat yang kau lakukan itu hanya demi mendapatkan title "Dermawan"ketika kau hidup suatu ketika dahulu,perbuatanmu itu bukan untuk mendapat redhaKU."Dan si kaya raya juga turut dilemparkan ke dalam api neraka yang maha siksa dan pedih azab siksanya.

Ketiga-tiga contoh yang diceritakan di atas itu,mempunyai satu kaitan sahaja sebenarnya iaitu "KEIKHLASAN" dalam kita beribadat.Jika berniat hanya kerana ALLAH maka amalan kita takkan terpesong tapi sekiranya hanya kerana inginkan pengiktirafan dari Allah yang lain maka yang kita dapat hanyalah pengiktirafan dari mereka bukannya dari Allah.