Assalamualaikum....
Tiba-tiba hubby dapat call tadi kawannya accident n kami keluar nak menuju ke tempat kejadian...
mama ikut juga hubby yang nak membantu kawan nyer yang kemalangan tu sekejap tadi...
bawa kete dah la laju dan dah mula la x ikut peraturan jalan raya nak cepat katanya...
bising juga mulut mama ni dok dalam kete tu pot pet pot pet juga la...
bukan apa yang dah accident tu dah tentu dah accidentkan jangan kita yang nak pi tengok ni pun ikut sekali... nanti boleh la share hospital dan boleh la tempah katil tu seorang satu katil dok bersebelahan....
sampai kat satu persimpangan traffic light, lampu dah merah kete dah beratur panjang mulalah hubby hilang kesabaran terus memotong barisan kete-kete tu...apa lagi bila membelok jer ternampak la jejaka2 handsome kat depan tu sambil melambai-lambaikan bendera merahnya...apa lagi kena tahan la bila sampai kat kete hubby...potong que tadi tu yang dah kena tahan ni...
mula la mama marah kat hubby sebab mama dah pesan tadi jangan kelam kabut sangat nak ikut perasaan ni lah jadinya....dan dah tak pasal-pasal kena tahan dengan 'Datuk' yang handsome tu...terpaksa la berhenti di tepi jalan,buka tingkap dan mulalah hubby merayu belas kesian kat 'Datuk' handsome tu dan bagi sebab kenapa die terpaksa memotong barisan tu tadi nak cepat katanya ada kawan accident kat Permas Jaya...pandai yer hubby mama bodek 'Datuk' handsome tu yer bila dah kena macam ni mula la pandai bermulut manis dan merayu nak melepaskan diri dari kena saman la tu...
nasib baik 'Datuk' handsome tu murah hati hari ni dia ambil ic dan lesen memandu hubby
sambil berpura-pura menulis sesuatu pastu menyuruh hubby pergi...
terimakasih 'Datuk' hansome sebab lepaskan hubby mama yang degil ni....
aduh !!! nasib baik la 'Datuk' handsome tu tak bagi surat cinta pada hubby kalau x melayang juga la duit nak bayar saman...
selepas tu hubby mula la memandu kete tu dengan cara yang berhemah sebab terkejut agaknya dengan kejadian tadi...baru tahu bila dah terkenakan...
baru tadi mama tulis n3 nak accident tup2 kawan hubby plak yang kena accident....malang tak berbau kan bila-bila dan kat mana kita nak kena pun kita tak tahu....kenalah berhati-hati semasa memandu yer kekawan mama semua...moga kita dapat mengelakkan kejadian yang tak diingini berlaku pada kita dan family...
p/s sampai kat tempat kejadian kawan hubby dah dibawa ke hospital...
12 Comments
hahaha saba jela kan
ReplyDeletebesela org bwk kete mama
xde reti nk sabar
semoga kawan hubby tak teruk...saya pun baru je lepas accident tapi hanya kereta yg teruk di bahagian depan..sekarang agak berhati2 bila melalui jalan yg eksiden ri tu...huhu.
ReplyDeletebahaya tu wat gitu..
ReplyDeletesemoga lebih berhati hati lepas ni..
kena saman takpe lagi..
jangan kena musibah di jalanraya sudah la..
ee..husband mama ni tak sayang bini ke..
ReplyDeletesemoga kawan hubby mama tak apa2 dan cepat sembuh..
ReplyDeletesemoga kwan hubby mama tu tak pape.. :) hee.. wah, blog mama dah lawa la! cool gitu.. ;)
ReplyDeletewah...hubby kak mas bawa kreta macam nad jugak lah sis..:D
ReplyDeletesemoga semuanya selamat..:)
p/s :: haah sis, 1st time ni...mesti nad jakun nnti kan?
Betul tue...jangan potong barisan bahaya!!!huhuhu
ReplyDeleteheheh abah kyra slalu potong brisan kalau time darurat la.. hehe..
ReplyDeletepnh kat dpn dah ada dato' hensem tu, cpt2 abah belok msuk jln asal balik.. smpai dkat2 dato tu, buat muka tak brslah je la pdhal dato tu dah nmpak da pun.. nsb baik tak kena apa2..:)
kesedaran sivik tu yg penting.....ingat....kita berkngsi jln yg sama.....
ReplyDeletesape yang accident ni?
ReplyDeletedah kene baru nak beringat kan mama. hehe. esok luse berani lagi. ;)
ReplyDeletePost a Comment