SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum ....
Sempena kita nak menyambut 'Hari Bapa'pada hari ini,di sini mama ada menyediakan satu kuiz untuk bakal bapa,akan menjadi bapa, yang dah jadi bapa apa2lah janji kaum lelaki sahaja....

Pada sesiapa juga cubalah jawab kuiz yang mama sediakan di bawah ini dan lihat jawapannya adakah anda sudah atau belum bersedia menjadi seorang bapa dalam usia anda sekarang...Kuiz ini khusus buat jejaka di luar sana yer dan untuk yang bakal bergelar bapa dan bagi wanita yang ingin bertanya pada suami,kawan atau kekasih boleh jugak janji anda dapat jawapannya selamat mencuba dan happy selalu....!!!!
*
*
*1-Bagi kamu perkara utama untuk membina keluarga ialah...
a-Persefahaman di antara pasangan
b-kejujuran dan kesetiaan
c-Isteri yang cantik luar dan dalam
d-Perancangan jangka panjang
*
*
*2-Aspek terpenting dalam berkeluarga?
a-Kerja yang menjamin masa depan kamu sekeluarga
b-Restu kedua belah keluarga
c-Tahu urus keluarga
d-Komitmen pada keluarga
*
*
*3-Pada kamu,apakah 'kerja' seorang suami?
a-urus kebajikan keluarga
b-mendidik anak-anak
c-jadi ketua keluarga,yang lain serah pada isteri...
d-selesaikan apa saja masalah dalam keluarga
*
*
*4-Pada pendapat kamu,apakah penjagaan paling utama utk bayi?
a-nutrisi yang seimbang
b-elakkan dari perutnya meragam
c-pastinya tidurnya cukup
d-pemilihan susu tepung yang betul
*
*
*5-Langkah pertama yang perlu kamu ambil tahu bila bayi meragam?
a-periksa lampinnya 
b-mungkin kerana si comel lapar
c-alah dengan debu
d-kembung perut
*
*
*6-Kelahiran bayi yang matang adalah ketika...
a-37=42 minggu
b-35=57 minggu
c-sembilan bulan
d-Tak pasti
*
*
*7-Cara terbaik untuk membesarkan bayi?
a-komunikasi
b-menerusi pembacaan
c-pemerhatian
d-semua di atas
*
*
*8-Apakah perkara yang paling sukar dalam menjaga bayi?
a-pakai lampin
b- saat memandikanya
c-cara pemakanannya
d-semua diatas
*
*
*9-Kamu cukup senang sekiranya kamu menjaga bayi...
a-tak kisah bayi lelaki atau perempauan
b-bayi perempuan kot
c-bayi lelaki
d-tidak banyak ragam
*
*
*10-Pada kamu,pada usia berapakah seseorang itu bersedia
menjadi seorang bapa?
a-25 tahun ke atas
b-30 tahun ke atas
c-bergantung pada persediaan seseorang
d-tidak pasti
*
*
Dibawah ni jawapan nya yer...
*
*
Banyak A- PAPA OH PAPA!!!
Jika kamu memilih banyak A nampaknya kamu sememangnya
mengetahui dan sudah bersedia untuk menjadi seorang bapa.
Walau usia kamu masih muda kamu mengambil berat soal apa
 yang perlu kamu lakukan apabila bergelar bapa nanti.
*
*
Banyak B- BOLEH BELAJAR
Kamu masih boleh belajar mengenai apa yang perlu dilakukan bila bergelar bapa muda nanti.Apa yang penting ambil tahu 
dan belajar apa saja...
*
*
Banyak C- HANYA BILA PERLU
Kamu banyak memilih C pula boleh dianggap sebagai
"becoming papa" yang hanya belajar sesuatu bila perlu.
Sepatutnya kamu sudah bersedia belajar dan peka terhadap
perubahan hidup kamu apabila sudah berkeluarga.
*
*
Banyak D-TERLALU TERIKAT
Akhir sekali bagi yang banyak memilih D,kamu mungkin
seseorang yang realistik.Tetapi bila sudah berkeluarga dan memiliki cahayamata kamu seharusnya terus
belajar sama ada soal penjagaan
bayi dan pengurusan keluarga.Jangan
terlalu terikat pada perkara yang kamu telah ketahui.

p/s auto publish...