SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...
Mama baru saja balik dari UTM Skudai tadi sebab melihat satu Pertandingan Kawad Kaki Jemputan Kebangsaan 2012 Antara Sekolah-Sekolah yang di anjurkan oleh Sekolah Teknik Perdagangan Johor Baharu tempat anak mama bersekolah....

Pertandingan ini di adakan di perkarangan padang kawad Universiti Teknologi Malaysia (UTM Skudai)best juga la sekali sekala dapat melihat pertandingan kawad kaki ini... memang meriah keadaan di situ dengan berbagai-bagai gelagat guru-guru dan anak-anak murid dari sekolah yang datang menyertai pertandingan ini...

Sebanyak 18 belas buah sekolah yang menyertainya termasuklah sekolah tempat anak mama belajar ini...Sekolah Teknik Perdagangan Johor ini adalah sebuah sekolah yang paling banyak memenangi pertandingan kawad kaki ini dan ia juga merupakan juara Peringkat Kebangsaan bagi sekolah-sekolah Teknik Di Malaysia... 

Inilah sebahagian dari gambar-gambar yang sempat mama ambil 
dan jomlah kita tengok gambarnya
di bawah ini...










 inilah sebahagian dari gambar-gambarnya...
 sebenarnya banyak lagi kumpulan dan sekolah-sekolah yang mama tak ambil gambarnya sebab sibuk ambil videonya..... next n3 mama akan up-loadkan videonya pula...