SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum....
"...Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu,maka ambillah akan dia serta amalkan dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya...."(Surah al-Hasyr ayat 7)
 
1-Orang yang mendengar sesuatu nasihat dari seseorang hendaklah dia bersifat terbuka,berlapang dada dan merendahkan dirinya menerima nasihat itu.
2-Sentiasalah berdiam dan tidak banyak melawan nasihat yang diberikan.
3-Berazamlah akan menurut segala nasihat yang mendatangkan kebaikan kepada dirinya.
4-Janganlah memandang rendah jika orang yang memberikan nasihat itu lebih muda daripada kamu.
5-Hendaklah mengambil perhatian terhadap bentuk nasihat sebaliknya jangan melihat kelemahan orang yang memberikan nasihat.
6-Bersyukurlah kepada Allah kerana masih ada insan yang ingin menegur dan menasihati diri kita dari terus melakukan perkara-perkara yang tidak elok.

Rasulullah bersabda,"Jauhkanlah diri kamu dari sifat yang buruk kerana sifat yang buruk itu adalah perkara yang paling dusta."(H.R Bukhari dan Muslim)