SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum..
Hari ni Kembang mama buat peel plak tetiba je marah dengan jiran nyer si Ciko...jiran mama telah melepaskan kucingnya tadi dan si Ciko tu telah dok landing baik kat bawah kete depan rumah mama...si Kembang yang dok dari dalam rumah mulalah dah jadi tak keruan melihat si Ciko yang berada di bawah kete di luar rumah...

sebenarnya dari fakta yang mama tahu seekor kucing tu jika ada kucing lain yang telah memasuki kawasan persekitaran nyer pasti dia akan mulai menjadi marah dan akan bergaduh dengan kucing yang memasuki kawasannya itu...mungkin itulah agaknya cara Kembang mempertahankan kawasan kediamannya dari dicerobohi oleh si 'Ciko'...

pandai juga Kembang target masa untuk keluar mengejar Ciko kebetulan hubby mama nak ke masjid tadi sambil pintu terbuka je terus Kembang meluru keluar dan menerkam Ciko..terkejut mama bila mendengar suara kucing berkelahi di hadapan rumah....mama pun meluru mengejar
mendapatkan Kembang sebab mama tak mahu Ciko kena terkam dan digigit dengan lebih teruk lagi....

mama dapatlah menangkap si Kembang tu tapi sayangnya mama x sempat nak mengambil gambarnya bergaduh tapi bila mama mendokongnya tadi tepi mulut Kembang penuh melekat dengan bulu-bulu si Ciko tu..Kembang ! Kembang ! Kembang ni pun satu la janganlah gaduh yer anak mama ! kekawan nak datang melawat kat rumah kita pun nak marah... kesian mama tengok Ciko terpaksa menyorok kat bawah kete tuannya takut Kembang menyerang lagi...

dah penat bergaduh dok lepak depan pintu jadi security la tu...