SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Pernah tak kekawan semua dengar perkataan 'Jajan' ni...bila dok sebut je perkataan jajan ni teringat zaman kanak-kanak mama dulu kalau pergi ke kedai jer mesti nak beli jajan ni...kekadang dah tak tahu nak pilih yang mana satu sebab rasa macam nak kesemuanya...
rasanya pun boleh tahan juga selera, budak2 semuanya nampak menyelerakan dan sedap je....




dah katakan budak2 la namanya kalau tak dapat jajan boleh pengsan kat depan kedai tu juga...tapi kekadang mama ni pandai juga, duit sekolah yang ada bakinya mama saja simpan untuk membeli jajan yang mana mama suka...lebih-lebih lagi kalau ada jajan yang dalamnya berisikan mainan pasti teruja nak tahu apa jenis mainan yang ada di dalamnya...




lagi satu ada jajan yang dulu budak-budak suka menyebutnya apa ek, ala jenis jajan tikam-tikam bila beli jer mesti nak tahu apa isi dalam kertas pembalut tu...pada hal isinya bukan apa la sangat hanya kekadang tu ada belon yang kecik jer di dalamnya tapi suka sesangat beli sebab boleh main tiup2 belon tu dengan kekawan...


kekadang tu sampai berkali-kali berulang-alik dari rumah ke kedai sebab nak beli jajan ni...kalau tak memang rasa macam nak menangis je kesian kat arwah mak dan abah asyik la melayan kerenah anaknya yang mengada-ngada ni...


 dulu mesin macam ni tak ada lagi hanya ada yang jajan yang dibungkus dengan kertas dan dimasukkan ke dalam plastik kecik..
sekarang ni semuanya ada bermacam-macam mesin macam ni...kalau dulu ada mesin macam ni pasti lagi gamat rasanya kat kedai tu..macam kemaruk jer semuanyakan...

itulah kenangan-kenangan yang sukar mama lupakan tapi sekarang ni serba-serbinya mudah
dan ringkas semuanya ada hanya kita lah yang harus menjaga pemakanan anak-anak kita ini...sebenarnya makanan jajan ni kurang berkhasiat pada budak-budak tapi nak buat macam kerana sekarang ini di mana-mana semakin banyak produk makanan ringan di Malaysia ni...
Kenalah carikan makanan yang berkhasiat untuk anak-anak kita yer kekawan...