SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua...
Marilah kita lihat 22 tanda-tanda apabila akan terjadinya Hari Kiamat dan sumbernya ini mama perolehi dari sini..jomkita tengok dan baca yer...


1-Sembahyang yang diabaikan (diringan-ringankan)
2-Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan,buku,gambar
risalah atau filem.
3-Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4-Perkara salah menjadi benar dan benar menjadi salah dan sukar membezakan yg halal dan haram.
5-Berbohong menjadi keperluan hidup dan menjadi sukar untuk hidup senang.
6-Membayar semua zakat itu dianggap satu bebanan.
7-Orang yang hidup berlandaskan agama ditindas dan mereka akan merintih kerana maksiat semakin berleluasa namun tidak mampu mencegahnya.
8-Turun hujan di luar musim dan hujan itu tidak memberikan keuntungan pada makhluk di bumi.
9-Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) menjadi-jadi.
10-Perempuan menguasai lelaki dengan menggunakan ubat guna-guna,sihir dan amalan syaitan.
11-Anak-anak mengingkari dan menderhaka pada ibubapa.
12-Kawan baik dilayan dengan kasar musuh diberikan layanan baik.Kawan disangka lawan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang berbuat kebaikan.
13-Dosa dipandang ringan dan bangga melakukannya seperti  zina.minum arak,bergaul bebas lelaki perempuan,meninggalkan sembahyang,mendedahkan aurat dan berjudi.
14-Masjid dihias indah tetapi kosong,terpulau,berkunci dan berlaku kecurian barangan masjid
yang berharga.
15-Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura.Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNYA.
16-Golongan manusia dari Barat menguasai yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengan cara mereka berpakaian,bergaul dan berpesta.
17-Al-Quran dicetak dengan indah hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca dan diamalkan.
18-Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19-Darah manusia tidak berharga berlaku pembunuhan,peperangan dan jenayah.
20-Penganut Islam tidak mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkan.
21-Akan bertambah banyak penyanyi wanita
22-Orang kaya pergi umrah dan haji seperti melancong,yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin pula bermaksud meminta sedekah.