SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua...
Pada hari guru yang lepas anak mama yang bekerja sebagai guru di Tadika Ijazah telah menerima banyak hadiah dari anak-anak muridnya...gembira rasanyakan bila menjadi seorang guru ni ,bila hari guru je banyak hadiah diterima dari anak-anak muridkan tapi kita akan terasa amat menyedihkan sekali kalau hadiah dari anak-anak murid itu diambil oleh orang lain....apa perasaan kekawan mama semua tentu akan terasa sedih jugakan...

Sebenarnya pada hari guru yang lepas pengetua tadika tempat anak mama mengajar itu telah memberikan arahan bahawa semua guru-guru haruslah menyimpan semua hadiah-hadiah yang diterima dari anak murid mereka dibilik pengetua dan pengetua itu akan membahagi2kan hadiah-hadiah itu nanti...

Dan selepas seminggu pun guru-guru tadika itu masih belum mendapatkan hadiah-hadiah mereka dan sehari sebelum cuti barulah pengetua tadika itu memberikan hadiah-hadiah kepada guru-guru itu tapi tidak kesemuanya hanya sebahagian saja yang mereka perolehi....

Pada mama sepatutnya pengetua itu tidak la boleh berbuat begitu kerana hadiah yang diterima itu adalah atas pemberian anak murid pada guru-guru yang mengajar mereka jadi tidak sepatutnya hadiah itu dibahagi2kan oleh pengetua itu sendiri.. sepatutnya siapa yang dapat hadiah tu dialah yang berhak ke atas hadiah itukan...

Hadiah yang sepatutnya anak mama dan rakan-rakannya perolehi tidak diberikan pada mereka tapi telah diambil oleh pengetua atau pemilik tadika tersebut...Sebenarnya anak mama dan guru-guru yang lain merasa amat terkilan kerana hadiah yang mereka perolehi tidak diberikan kesemuanya oleh pengetua sekolah tersebut...

Bila difikir-fikirkan ada juga pemilik atau pengetua tadika yang berperangai begini tapi biarlah apa yang dilakukannya itu hanya Allah yang tahu apa yang dia telah lakukan..anak mama dan guru-guru yang lain pun malas nak bertengkar dengan pengetua tu dan hanya membiarkan dia dengan perangai tidak eloknya itu...lagi pun anak mama akan berhenti mengajar di situ kerana dia ingin menyambung pelajaran nyer nanti...tapi kesian nyer dengan guru-guru yang lain lain tu..

inilah sebahagian dari hadiah-hadiah yang diperolehinya...