Assalamualaikum semua.....
Sempena hari pekerja hari ini marilah kita lihat bagaimana kita dapat memastikan kualiti kerja kita yang maksimum,bukan sahaja bergantung pada semangat dan kesihatan tubuh badan tetapi berbagai faktor.
Bagaimana kita boleh mengujudkan suasana yang harmoni di tempat kerja...Luangkan sedikit masa beberapa minit untuk memikirkan susun atur yang paling sesuai untuk meja kerja kamu dan di bawah ini beberapa panduan yang boleh membantu kamu...
1-Kamu perlu memastikan apakah barang yang ada di atas meja sekarang sesuai diletak atau tidak.Jika dirasakan tidak perlu kamu boleh membuangnya atau berikan saja pada teman-teman.Selain tidak menyerabutkan meja kerja kamu juga akan kelihatan lebih luas dengan cara ini lebih memudahkan untuk kamu bekerja.
2-Saat menyusun atur meja kamu juga perlu mempertimbangkan apakah barang yang sering digunakan.Barang-barang inilah yang perlu diletakkan berhampiran kamu supaya senang diambil contohnya seperti kotak pensil,nota dan sebagainya.
3-Bagi menceriakan meja selitkan foto kenangan bersama keluarga ataupun teman dan pastikan kedudukannya tidak menganggu kerja kamu.
4-Letakkan pokok renek untuk membolehkan anda merehatkan mata dan minda dan rajinkan diri menjaga pokok itu.
5-Jika sedang menaip hendaklah pastikan buku catatan, majalah dan lain-lain yang diperlukan untuk membantu kamu menyiapkan kerja...barang-barang ini perlu diletakkan disekeliling kamu dan berhampiran dengan monitor.
6-Selain memastikan cahaya monitor tidak terlalu terang atau gelap pastikan kamu berada dalam keadaan yang selesa ketika bekerja.Duduk dalam posisi yang tegak jangan terlalu ke depan untuk mencapai keyboard atau untuk membaca tulisan pada layar monitor.
7-Ketika sedang menaip,pergelangan tangan hendaklah dalam keadaan yang lurus tidak terlalu ke atas,bawah atau ke tepi.Gerakkan tangan sesekali bagi merehatkan dan meregangkan otot kamu.Semoga ceria selalu di meja kerja kita semua.
13 Comments
susun atur di meja ofis mmg penting untuk pastikan kerja kita lebih teratur dan terancang..meja yang kemas pun boleh bagi mood yang ceria kan..ni meja bersepah pastu keje plak melambak lagi laa bertambah2 tension kan
ReplyDeletehu3..tengah bertungkus lumus siapkan kerja yg menimbun...
ReplyDeleteMeja nurul mesti kena sentiasa kemas.. kalau tak mesti kepala otak ni berserabut.. hehehehe
ReplyDeletetips yg bagus..tq mama
ReplyDeletemeja kerja ku sgt limited. hee. nk letak gmbar pun dh tak muat. ;)
ReplyDeletemeja pejabat...rindu dengan kerja dulu...meja guru nie berbeza...penuh dengan kerja bebudak
ReplyDeleteKalau meja Wina memang bersepah. Hehe.
ReplyDelete-wina1979-
Eeerrr selalu mls nk mngemas
ReplyDeletepertama kali jejak kaki ke sini..:D
ReplyDeletebackground blog and header blog akak sangat cantik!!! suka..:D
ni ada unsur2 5S ni.
ReplyDeletemeje saye takde bunge pun..sempoi je..haha..x mcm meje pompuan..kiki
ReplyDeleteKalau tempat kerja cantik kita pun jadi lebih bersemangat kan ;)
ReplyDeletemeje opis remy..... ikut time jer... adakala terlampau bersih... adakala... mak oiiii... cam sarang tikus.....he3
ReplyDeletePost a Comment