Monday, April 30, 2012

Petua Lagi

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua....
Dah lama rasanya mama tak bagi petua kat kekawan semua jadi hari ini mama nak bagi lagi satu dua petua yang mama ketahui...

1-Kempiskan perut
petua orang lama-lama yang ingin perut kelihatan kempis,hanya perlu mengambil limau nipis yang telah dicampurkan dengan teh tanpa gula untuk diminum setiap hari.Amalkan meminum air ini dan insyaAllah peru yang buncit akan menjadi kempis.Petua ini baik bagi orang-orang yang tiada sebarang penyakit dan selamat mencuba ye....

2-Daun Labu Atasi Rambut Gugur
Masalah rambut gugur memang sering terjadi biarpun telah menggunakan banyak syampu atau produk kecantikkan,untuk mengatasinya masalah tersebut apa kata kita rebus segenggam daun labu muda dengan minyak kelapa sehingga lumat.Bila sudah sejuk usapkan ke kepala dan lakukan petua ni setiap hari insyaAllah rambut tidak akan gugur lagi.

3-Rawat Keputihan
Sbagai wanita kita sering mengalami masalah ini apa kata kita cuba petua tradisional ini.Ambil 2 biji buah delima putih yang masih muda kemudian ditumbuk sehingga halus dan dicampur dengan segenggam daun delima putih direbus dengan 2 gelas air.Minumlah air rebusan tadi selama 7 hari berturut-turut insyaAllah masalah akan hilang dan juga dinasihatkan mengelakkan makanan seperti daging,nanas,air kelapa dan ikan laut selamat mencuba...


5 comments:

  1. alhamdulillah..
    saya tak de ketiga2 masalah tersebut,..
    masa depan tak tahu la..
    terima kasih..:)

    ReplyDelete
  2. best petua mama...moga jadi panduan utk semua....

    ReplyDelete
  3. heeeeeeee
    suke limau nipis
    suke teh

    okeh!
    bolencube utk kempiskan perot
    hahhahahaa

    maseh mama

    ReplyDelete
  4. tapi kdg bahaye jugak minum limau nipis tu. die menghakis perut. huhu. atas masing² kot. ;)

    ReplyDelete