SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua...
Suatu hari Pak Pandir ingin memulakan satu perniagaan namun masih kekurangan modal.Oleh itu Pak Pandir berhasrat untuk membuat pinjaman di sebuah badan pinjaman yang ditaja oleh kerajaan dan bertolaklah Pak Pandir bersama Mak Andir ke tempat tersebut.

Setibanya di sana,Pak Pandir bertemu seorang pegawai.Setelah mengisi borang dan kemudian ditemuduga oleh pegawai tersebut

Pegawai bank :Setelah diteliti permohonan pakcik akan diluluskan secepa mungkin.Jadi pihak kami akan memberikan pakcik pinjaman sebanyak RM 20,000.00 tanpa faedah...

Pak Pandir : Ahhh apa !!! Tanpa PAEDAH !!!!

Namun dengan muka yang bengis Pak Pandir bingkas bangun untuk beredar....terkejut pegawai bank tersebut lalu dia pun bertanya.

Pegawai : Kenapa pakcik? Ada yang tak kena ke?

Pak Pandir pun berpaling dan dengan nada yang tinggi berkata...

Pak Pandir : Nak buat apa aku buat pinjaman kalau tak ada "PAEDAH"? Buang masa aku je laaa datang sini....

Pak Pandir pun beredar meninggalkan pegawai tersebut terpinga-pinga...

Pegawai : Nak bagi pinjaman tanpa "PAEDAH" pun tak mahu....kesian betul pakcik ni la tak "PAHAM" bahasa betul....