SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua....
Usia kita semakin meningkat tinggi segala perubahan fizikal juga semakin ketara.Kedutan di muka,rambut dah beruban,gigi dah banyak yang tanggal,mata semakin rabun,pendengaran juga semakin kurang jelas,tubuh badan dah semakin membongkok dan kekuatan tubuh badan juga semakin terhad oleh itu semua keadaan itu membuatkan kita akan merasa takut untuk menghadapi hari tua.

Setiap dari kita akan tetap menghadapi masa tua jika umur kita panjang..oleh itu kita kenalah bersiap sedia menghadapi usia emas kita yang bakal datang nanti...marilah kita menyediakan diri dan proses penuaan setiap orang itu berbeza-beza.

Sekarang banyak perubatan moden atau tradisional menawarkan pelbagai rawatan kecantikan.
Ada yang sanggup membelanjakan wang yang banyak semata-mata untuk kelihatan cantik,sihat dan cergas.
 
Cara-cara melambatkan proses penuaan.
Diet dan makanan tambahan-makanan haruslah diambil secara seimbang dan teratur untuk mengekalkan kesihatan kita.Elakkan obesiti dengan mengambil makanan rendah lemak dan lebihkan sayuran dan gunakan sistem piramid untuk panduan pengambilan makanan seharian.

Makanan tambahan seperti vitamin E dapat melambatkan proses penuaan dan ianya dapat melindungi kemusnahan sel serta membantu sel-sel tubuh.Makanan tambahan selenium,vitamin C,beta-karotin,L-Cyseteine,asid folik,zink dan sebagainya diambil dengan betul dapat melambatkan proses penuaan.

Herba baik untuk pengaliran darah dan herba yang popular untuk kesihatan adalah seperti bawang putih,ginseng dan lada.Bawang putih dapat mencegah daripada demam selsema,gangguan pernafasan dan penyakit usus.

Senaman juga boleh meningkatkan ketahanan fizikal dan mental ianya dapat mengurangkan berat badan,malahan tekanan darah rendah,mengurangkan ekanan,mengawal tahap gula serta meningkatkan sistem imuniti badan.Dengan melakukan senaman selalu kita akan menjadi sihat serta nampak lebih muda juga jangan lupa lakukan senaman muka.

Untuk menguatkan daya ingatan amalkan tidur yang cukup,minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari,makan makanan seimbang dan hendaklah rajin melakukan latihan senaman.
Tetapkan waktu tidur dan rehat yang secukupnya agar kita lebih segar keesokkan harinya.

Jika ingin berbadan langsing pastikan muka tidak terlalu cengkung kerana ianya akan menampakkan lebih tua dari usia sebenar.kulit wajah lebih nipis berbanding bahagian tubuh yang lain.Kurus tidak semestinya lebih cantik tapi kesihatan diri itu yang lebih penting.

Penampilan diri yang menarik apabila kita bijak memilih pakaian dan aksesori kerana ianya dapat mengawal usia secara psikologi. Sesuaikanlah pemilihan pakaian dengan usia juga keadaan persekitaran dan juga latar belakang keluarga.

Gunakanlah pelembap dan pelindung untuk penjagaan kulit dan perlu dipakai setiap pagi.
Penjagaan kulit penting untuk menyikirkan sel-sel kulit yang mati serta daki yang degil.Pastikan produk penjagaan diri sesuai dengan kita dan haruslah diberikan perhatian.Penuaa  pada kulit disebabkan oleh pendedahan cahaya matahari dari pagi hingga ke petang.Oleh itu perlunya kita menjaga kulit wajah kita selalu.


p/s jom jejalan di petang minggu....