SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua dan selamat pagi minggu....
Memang susah untuk kita menduga hati seseorang mengenai cinta pada mereka dan kita juga tidak akan tahu bagaimana untuk menyelami perasaan di lubuk hati mereka.....ikutlah kata hati kita sendiri untuk menilaikannya dan janganlah mengikut fikiran kerana hati tidak akan mampu membohongi diri kita sedangkan fikiran mempunyai bermacam2 alasan...

Mari kita cuba semak 7 sebab kenapa CINTA kita tidak dihargai..

1-Tidak Tahu Apakah Maknanya Cinta
Ada yang ingin bercinta tapi tidak tahu apakah maknanya sebuah percintaan.Sebelum bercinta selidiki dulu adakah kita benar-benar memahami konsep cinta atau pun kita perlu mempelajari makna disebalik cinta dulu.

2-Tidak Tahu Menghargai Nilai Sebuah Cinta
Bukan semua orang tahu menghargai nilai sebuah percintaan kerana mereka sering menganggap cinta sebagai bahan kajian oleh itu janganlah memperlekehkan perasaan cinta yang ada kelak ianya akan membakar diri kita sendiri.

3-Hanya Sekadar Suka-Suka
Sekadar suka-suka ini sering terjadi pada seseorang yang sering bertukar pasangan.Bila suka didekati bila sudah jemu ditinggalkan dan bermulalah semua perkara yang membuat mereka menjauhi dirinya dan membenci....kenapa perkara beini boleh terjadikan...

4-Terpengaruh
Terpengaruh dengan janji manis membuatkan mereka mudah menyerahkan cinta pada si dia tanpa terfikir apa yang akan berlaku di belakang hari.....adakah itu caranya bahawa kamu benar-benar mencintainya?tepuk dada tanya selera ye...

5-Teman Kesunyian
Setelah putus cinta  mereka akan lekas-lekas mencari pengganti untuk menghilangkan bosan dan mahu sentiasa membuatkan seseorang itu mudah meraih cinta.Cinta begini hanya sementara sahaja kerana mereka tidak begitu mengenali si dia dalam jangka masa yang lama dan terus mengikat janji akhirnya kamu juga yang menyesal kerana tersalah pilih.

6-Saingan Orang Lain
Semata-mata mahu menyaingi orang lain terutamanya teman rapat.Bila sudah ada kekasih bolehlah menunjuk-nunjuk saham kamu juga laku.Adalah point kamu untuk berkata pada kawan2 yang kamu sudah ada pak we atau mak we.  

7-Berpura-Pura
Berpura-pura menyayangi si dia atas dasar kasihan atau simpati.Mereka akan mempergunakan si dia untuk kepentingan sendiri contohnya mendampingi si dia kerana wang,paras rupa ataupun atas desakan keluarga ingin menjodohkan kamu.Itu semua membawa kita kepada sikap hipokrit yang bodoh.