SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...

1-Sahabat-sahabat yang ceria dan menceriakan
2-Sahabat yang memberikan ketenangan
3-Sahabat yang suka berbaik sangka
4-Sahabat yang tidak suka mengata 
5-Sahabat ikhlas
6-Sahabat jujur
7-Sahabat berfikiran positif
8-Sahabat baik tutur kata
9-Sahabat baik hatinya dan niatnya
10-Pendengar yang baik

4 Tips Sahabat Palsu
Ciri-ciri sahabat tamak : 
Dia sangat tamak hanya memberi sedikit dan meminta banyak,dia juga melakukan pekerjaan kerana takut dan hanya ingat kepentingannya sendiri.

Ciri-ciri sahabat yang besar mulut :
Dia menyatakan bersahabat berkenan dengan hal lampau atau hal mendatang.
Dia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong dan jika ada kesempatan membantu dia akan kan tidak sanggup.

Ciri-ciri sahabat penjilat
Dia menyetujui hal-hal yang salah dan tidak pun menganjurkan hal yang benar di hadapan mu,dia memuji dirimu dan dibelakangmu dia akan merendahkan dirimu.

Ciri-ciri sahabat yang boros
Dia hanya akan menjadi kawanmu jika kamu gemar berpesta atau berkeliaran terutama ditempat hiburan dan pertunjukan selain suka berjudi.

4 Tips Sahabat Sejati
Ciri-ciri sahabat penolong
Dia menjaga dirimu dan milikmu,dia melindungimu sewaku kamu ketakutan dan ia juga membantu lebih daripada yang kamu perlukan.

Ciri-ciri sahabat pada waktu senang dan susah
Dia menceritakan rahsianya kepadamu dan menjaga rahsia dirimu dan tidak meninggalkanmu di saat kamu mengalami kesulitan dan sebaliknya dia rela berkorban hidup bagi dirimu.

Ciri-ciri sahabat yang memberi nasihat
Dia mencegah kamu daripada berbuat jahat dia juga menganjurkan kamu berbuat baik.Dia akan memberitahukan kebenaran yang belum pernah kamu dengar dan dia juga yang akan menunjukkan jalan yang benar.

Ciri-ciri sahabat yang  bersimpati
Dia tidak bergembira atas kesusahanmu,dia turut senang atas kebahagiaanmu.Dia mencegah orang lain menjelak dirimu dan dia juga membenarkan orang yang memuji dirimu.