SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum...
Entry mama kali ini hanya nak meluahkan sedikit ketidakpuasan hati mama pada guru di sekolah anak mama belajar...sebagai seorang guru di sekolah yang bertaraf kluster seharusnya tidak boleh berlaku perkara sebegitu memarahi seorang pelajar di hadapan semua kekawan pelajar itu dengan nada yang terjerit-jerit...bukankah itu satu perbuatan yang amat memalukan murid dan juga guru itu sendiri....

di harap kekawan mama yang menjadi seorang guru faham akan situasi ini yer...bukan niat mama nak memburuk dan membesarkan isu ini tapi hanya ingin memberikan sedikit nasihat pada guru-guru semua agar berhati-hati dalam isu menegur pelajar-pelajar mereka.... semua manusia di bumi Allah ini mempunyai hati dan perasaan...

tugas seorang guru bukan sahaja mendidik anak muridnya tapi memberi nasihat yang berguna dan menegur mereka jika ada perkara yang kurang elok...dalam memberikan teguran pada mereka tu biarlah dengan cara yang berhemah,penuh tolenrasi dan dengan cara begitu mereka akan lebih menghormati guru itu sendiri...

tugas sebagai seorang guru memang satu tugas yang amat berat dan mama tak boleh menyangkalnya kerana guru-gurulah yang mengajar anak-anak murid mereka supaya berjaya dan menjadi seorang insan yang berguna di masa akan datang ...dari ajaran guru itu jugalah akan membuatkan mereka respect pada guru mereka tapi bila guru pun dah berkelakuan kurang elok begitu membuatkan murid hilang rasa percaya pada guru-guru mereka...

bukan ke tidak elok menegur seorang pelajar dengan cara menjerit-jerit di hadapan semua pelajar-pelajar lain selepas perhimpunan..kan lebih baik menasihati pelajar itu dengan cara yang paling sopan agar tidak menjatuhkan maruah atau memalukan pelajar itu sendiri...

sebagai seorang guru haruslah ada sikap pemimpin dan prihatin terhadap perasaan anak-anak muridnya janganlah menegur mereka membabi buta je cuba la bercakap dengan cara yang paling efiksen dan tertib...tidak kira la kesalahan itu kecil atau pun besar tegurlah mereka dengan cara yang boleh diterima oleh pelajar itu....

jika guru menegur murid mereka dengan cara yang kurang elok mungkin akan timbul satu perasaan benci dari jiwa murid itu pada guru mereka sendiri dan mungkin akan timbul masalah yang lain pula...jadilah seorang guru contoh dan kekalkanlah sikap profesional seorang guru itu pada anak-anak murid mereka semua....

oleh itu pada guru-guru semua jadikanlah tugas seorang guru ini sebagai satu tugas yang baik dan lakukanlah tugas sebagai seorang guru itu dengan hati yang ikhlas dan amanah agar kebaikan itu akan terserlah dengan sendiri pada jiwa seorang guru...

TUGAS ITU SATU IBADAH