Assalamualaikum semua....
Dalam BW semalam mama terbacalah satu entry yang mama rasa amat berguna pada kita semua,n3 yang menarik ini mama ingin kongsikan bersama-sama kekawan semua...moga ianya akan dapat menjadi panduan berguna buat kita semua....sumber ini mama perolehi dari teman blogger ini Menara Kehidupan...
"Hakikat sebuah perkahwinan...perlulah kita renungkan apakah hubungan kita dalam perkahwinan selama ini demi untuk menjaga kerukunan kebahagiaan rumahtangga" begitulah kata-kata penulisnya...
Jika hakikat pernikahan adalah SEKS,maka pasangan rajin bertengkar jika...Servis di kamar tidak memuaskan.
Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA,maka pasangan bakal bubar jika bankrup.
Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN,pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut.
Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT,maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberikan anak.
Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN,pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA,hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik,tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati.
Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH,sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI.
Hidup kepada makhlukNYA.Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya.Maka tak ada alasan apa pun di dunia yang dapat meratakan rumahtangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.
Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Mencintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur..
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil,Walau Selalu Dipotong,Ia Akan Selalu Tumbuh...
Ya Allah Berkatilah mahligai cinta kasih kami hingga ke SYURGA....
Nukilan: Mama Sue
Sumbernya dari sini...
p/s ke Batu Pahat menghadiri kenduri kawin anak saudara...
12 Comments
aah..harus ditanya pd pasangan kita...kita berkahwin krn apa? camne klo die cakap...kerana abg sayang n cinta pdmu..xde lam senarai dlm tu :)
ReplyDeleteMudah2an kita kahwin kerana Allah walaupun puncanya dari cinta tetapi Dia yg menggerakkan hati kita utk sebuah perkahwinan.
ReplyDeletedah baca entri ni dekat blog menara kehidupan, memang menarik...
ReplyDeletemudah-mudahan ieyra di pertemukan jodoh yang ikhlas menerima ieyra seadanye .
ReplyDeletemama ,, nak mintak cOpy ayat di bawah tu ea .
huhuhuhu
insyaAllah niat asal bernikah dulu tu memang kerana nak diredhoi Allah.. :)
ReplyDeletepastikan kasih sayang cinta itu kerana Allah. pasti bahagia. ;)
ReplyDeletemoga perkahwinan kita terpelihara..
ReplyDeleteAgreed! :)
ReplyDeletebetul tu.kena ingat matlamat sebenar perkahwinan ni.yang penting sume kena la kerana ALLAH.
ReplyDeletemama ayat yang akhir tu sgt menyentuh hati...huhu :)
ReplyDeletesukar' kan hendak berkahwin kerana DIA? dlm hidup ini...kita menjadikan SEBAB untuk melakukan sesuatu. Samaada utk kepentingan diri sendiri atau org lain
ReplyDeleteaduhaiii
ReplyDeletesungguh terkesan dhati mama :)
semoga nnti time mimi nak kawen
mimi akan ingat nasihat ni
heeeee
Post a Comment