SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua....
Adakah kekawan semua pernah mengalami gejala STRES ini atau lebih senang pada kita tekanan perasaan atau gangguan perasaan...pada sesiapa yang pernah atau belum pernah mengalaminya di sini mama nak bagi tahu bagaimana caranya nak menangani gejala stres ini..

gejala STRESS ini haruslah kita cepat-cepat mengatasinya agar ianya tidak akan menjadi satu masalah pada jiwa dan tubuh badan kita...moga kita semua dapat mengatasinya dengan cara yang betul dan sentiasalah membuatkan jiwa dan minda kita di dalam situasi yang relax...jom kita merehatkan minda kita dari semua yang di bawah ini dan cara mengatasinya ye...

Punca-punca STRESS
1-masalah kewangan
2-menunggu sesuatu terlalu lama
3-konflik rumahtangga
4-selalu dibuli
5-bebanan kerja terlalu banyak
6-mengalami penyakit fizikal
7-rasa rendah diri
8-kesesakan lalu lintas
9-persekitaran yang tidak selesa
10-trajedi yang melanda

Gejala-gejala akibat STRESS
1-Gelisah selalu
2-kerisauan yang keterlaluan
3-gangguan semasa tidur
4-kurang memberikan tumpuan kerja
5-selalu cepat marah

Marilah kita amalkan selalu plan10B ini ye...
1-bertenang sentiasa walau dalam apa jua keadaan
2-bernafas dengan dalam
3-berkata selalu di dalam hati 'RELAKS LA'
4-beribadatlah
5-bercakaplah dengan seseorang
6-berurut juga baik
7-berehat selalu mendengar muzik atau ayat-ayat al-Quran
8-beriadah setiap petang bersama keluarga
9-bersenam selalu
10-berfikiran positif selalu

p/s moga kita sentiasa dapat mengurangkan stress ini...