SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum ....



Jom kita tengok apa makanan kegemaran Rasulullah SAW

1.Barli 
Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2.Kurma
Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan. 


3.Buah Tin
Buah dari syurga dan ianya boleh mengubati penyakit buasir.

4.Anggur
Nabi suka buah anggur kerana ianya dapat membersihkan darah,menguatkan pinggang dan membersihkan perut.

5.Madu
Ia adalah makanan segala makanan minuman segala minuman,ubat segala ubat.Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas,membuka selera,menguatkan perut,membuang kahak.
Elok diminum diwaktu pagi dengan air suam.

6.Tembikai (segala jenis)
Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater
dan wajahnya.

7.Susu
Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi.Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandang mata,membuang kelupaan.

8.Cendawan
Baik untuk mata dan untuk perancang keluarga.

9.Minyak Zaitun
Rawatan kulit dan rambut.Melambatkan penuaan,merawat radang perut.

10.Delima
Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.

11.Cuka
Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (trend yang popular di restoren Itali)

12.Air
Minuman terbaik.Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan,jangan diteguk akan mudah mendapat sakit pada hati.

Dipetik dari: Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus (facebook)