Saturday, February 04, 2012

Kedai Rakyat 1 Malaysia

SALAM 1 MALAYSIA 

Assalamualaikum semua...
Pagi tadi mama cubalah pergi survey ke Kedai Rakyat 1 Malaysia ! bukan apa saja nak bandingkan harga yang biasa mama beli dengan harga kat kedai Rakyat 1 Malaysia ni ! bagus juga kerajaan Malaysia ni dapat mengadakan kedai begini buat golongan yang berpendapatan sederhana tapi kalau yang berduit nak beli rasanya tak salah jugakan sebab kedai ni terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

sebenarnya kedai 1 Malaysia yang mama pergi ini baru saja dibuka di area jalan ke bandar Johor Baharu ni tapi ianya belum lagi diresmikan sepenuhnya ! rasanya tak sampai sebulan pun kedai ini beroperasi ! jadi mama dan family saja la nak jejalan sambil membuat tinjauan harga...

tidak semua barang-barangan 1 Malaysia yang nak dijual ada lagi di kedai ini dan yang diletakkan pun  hanya sedikit disebabkan stok masih lagi belum sampai kesemuanya  ! jadi mama hanya membeli barang yang perlu dan ada saja la dan terpaksalah menunggu lagi bila stok yang baru akan sampai lagi...

bila bandingkan harga biasa dengan harga di kedai ini memang jauh berbeza sekali ! patutlah PM kita menyarankan agar pergi ke kedai Rakyat 1 Malaysia ini ! moga banyak lagi kedai-kedai Rakyat 1 Malaysia ini dibuka diseluruh negeri dan bukan hanya di tempat-tempat tertentu saja ! moga Malaysia terus maju dan berjaya...

cuba kengkawan teka harga tiga barangan di bawah ini ! ??? atas permintaan blogger Santri Rm 5 topup akan diberikan pada yang berjaya meneka dengan tepat...selamat mencuba yer...


15 comments:

  1. saya teka harga barangan yg dlm entri ni harganya RM 5.00 mama, air mineral 50sen, jus blackcurrant rm3.00 dan bihun rm1.50...

    ReplyDelete
  2. huhuhu.... maklumlah, kalau saya teka pun memang akan tak betul nyer. hihihi... sebab cuma ikut wife jer pegi membeli tp x pernah ambik tau pasal harga2 barang. tapi memang tak pernah pegi lagi ke kedai 1Malaysia nih

    ReplyDelete
  3. rm4...hehe..xtau la btul ke x..men teka je mama

    ReplyDelete
  4. cadangnya besok nak pergi kat Pekan Rabu - KR1M.

    ReplyDelete
  5. semuanya rm 3..setiap satu rm 1..haha

    ReplyDelete
  6. makin banyak da kedai Rakyat 1Malaysia ni kan mama...

    #RM5.20...teka2 je..hee~

    ReplyDelete
  7. @H.J

    nanti la mama bagitahu jawabnya...:)

    ReplyDelete