SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum kengkawan semua...
Muharram adalah bulan yang membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantangkan' iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan dan pertumpahan darah.Namun yang demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al-Baqarah:91)sejak pemansuhan itu umat islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Ibadah puasa yang paling baik setelah bulan ramadhan adalah berpuasa di bulan Muharram"


Berpuasa pada hari ke 10 pada bulan Muharram ini banyak fadhilahnya...dalam islam ada 4 bulan yang dimuliakan oleh Allah iaitu bulan Dzulqa'dah, bulan Dzulhijjah, bulan Muharram dan bulan Rajab...didalam bulan2 ini umat islam dilarang untuk melakukan pertumpahan darah dan peperangan...kelebihan berpuasa pada 10 Muharram adalah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya. 


Allah S.W.T berfirman : "Sesungguhnya bilangan bulan disisi Allah adalah duabelas bulan dalam ketetapan Allah di waktu DIA menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram.Itulah ketetapan agama yang lurus maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semua dan ketahuilah bahwasanya Allah berserta orang-orang yang bertakwa." At-Taubah:36


Puasa yang disunatkan adalah puasa 6 di bulan Syawal,3 hari pada setiap bulan (yang afdal 13,14 dan 15 ) hari isnin dan Khamis,9 hari pertama bulan Dzul Hijjah (lebih ditekankan pada 9 iaitu hari Arafah),hari Asyura (10 Muharram) ditambah sehari sebelum dan sehari selepasnya. Meskipun puasa di bulan Muharram bukan puasa wajib tapi mereka yang berpuasa pada bulan Muharram akan mendapat pahala yang besar dari Allah SWT khususnya pada tanggal 10 Muharram yang dikenali dengan hari 'Asyura



Marilah kita berdoa semoga segala yang akan kita lakukan di tahun ini lebih berjaya dan Allah memberikan rezeki yang berlipat kali ganda dan menghapuskan dosa kita setahun sebelumnya.


14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura


1- Melapangkan masa / belanja anak isteri 
     fadilatnya : Allah akan melapangkan hidupnya pada  tahun ini. 
     
2- memuliakan fakir miskin 
     Fadilatnya- Allah akan melapangkannya di dalam kubur nanti


3- Menahan Marah
     Fadilatnya-diakhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha


4- Menunjukkan orang sesat
     Fadilatnya-Allah akan memenuhi cahaya iman dalam hatinya


5- Menyapu / mengusap kepala anak yatim
     Fadilatnya-Allah akan mengurniakannya sepohon pokok di syurga bagi tiap2 rambut yang   
     diusapnya.


6- Bersedekah
     Fadilatnya : Allah akan menjauhkannya dari neraka sekadar jauhnya seekor gagak terbang   
     tak henti2 dari kecil hingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada fakir miskin di   
     dunia ini.


7- Memelihara kehormatan diri
     Fadilatnya-Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya


8- Mandi sunat
    Fadilatnya : tidak sakit pada tahun itu (lafaz niat :sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana   
    Allah Taala.


9- Bercelak
     Fadilatnya : Tidak akan sakit mata pada tahun itu.


10-Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
     fadilatnya : Allah akan memandanginya dengan rahmah diakhirat nanti 


11-Sembahyang sunat 4 Rakaat
     Fadilatnya : Allah akan mengampunkan dosanya walaupun telah berlarutan selama 50 tahun  
     melakukannya. Lafaz niatnya: "Sahaja aku sembahyang sunat Asyura empat rakaat kerana
     Allah Taala dan kedua selepas al-fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.


12-Membaca "has biallahu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"
      Fadilatnya : Tidak mati pada tahun itu


13-Menjamu orang berbuka puasa
      Fadilatnya: Diberi pahala seperti memberi sekalian orang islam berbuka puasa.


14-Puasa Niat-Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
      Fadilatnya: Diberikan pahala seribu kali haji, seribu kali umrah,mati syahid dan diharamkan  
      daripada neraka.