SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua....
Ada tak sape-sape yang marah atau angin bila barang2 belian kita yang dah kita letak kat kaunter bayaran di alihkan oleh orang lain sebab die nak letak barang-barang die...???mama baru jer terkena tadi dan mulut mama ni dah rasa ringan jer nak memarahi kakak tu tapi dek kerana sikap mama yang tak kuasa nak bergaduh mama biarkan jer cuma mama memandang terus ke muka dia yang selamba dek tu...


Terasa juga angin satu badan masa tu tapi mama tahankan juga dan hanya bercakap sendiri di dalam hati jer...tapi pada mama la memang sungguh tak patutkan kakak tu buat macam tu sepatutnya dia kenalah tunggu setelah habis barang2 mama dikira barulah letakkan barang-barang belian dia di kaunter bayaran tu plak....nampak sangat kakak ni macam tergesa-gesa dan langsung tak memikirkan hak peribadi orang lain hanya mementingkan diri sendiri jer...


Kalau nak cepat sangat pun agak-agaklah janganlah dialihkan barang-barang orang lain kan macam tak elok jer rupanya mengusik barang-barang belian orang.... apalah salahnya bagitahu mama dengan elok dan mohon mahu meletakkan barang-barang tu...tak salahkan kalau ada timbang rasa dan budi bahasa yang elok terhadap orang lain begitu...entahlah manusia sekarang langsung dah semakin kurang berbudi bahasa dan langsung tak tahu menghormati hak peribadi orang lain pun.....tidak bertimbang rasa langsung...