SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua...
Mama baru balik dari Jusco Taman Universiti tadi lepas solat teringat peristiwa kat Jusco tadi jadi mama pun cuba nak ceritakan pada kengkawan semua apa peristiwa yang terjadi tadi dan n3 yang mama nak tulis ni adalah tentang orang yang suka sangat potong queue orang lain....
sebenarnya apalah salahnyakan kalau kita sebagai manusia ni ikut peraturan,turutan dan cubalah bawa bersabar....sedangkan nak beratur pun tak nak pastu cuba plak masuk turutan dan queue orang lain....


Masa nak bayar parking itu kita sepatutnya kenalah beraturkan ikut queue adalah seorang pakcik ni tanpa queue-up terus jer masukkan kad parking tu ...padahal depan tu ada budak lelaki tapi die boleh jer menyelit dan masukkan kad parking die kat mesin bayaran tu....budak lelaki yang berada di depan tu terpinga2 jer melihat pakcik tu....


Berkemungkinan dia marah juga kot tapi disebabkan kerana orang tua ditahankan juga....
pakcik tu plak kononnya berpura2 bercakap dengan budak tu mungkin die nak cover kot sebab dah potong queue budak tu tadi....lepas selesai die terus jer blah dari situ....mama yang tengok masa tu pun rasa bengang juga pada pakcik tu sebab datang2 jer terus potong queue orang lain.....Hai nak marah orang tua tapi kalau dah peelnya macam tu apa ke halnya....sabar jer la kan....