SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua...
"Lain kali dengar cakap mak ini orang yang nak kawin ni darahnya manis kalau tak mahu dengar inilah jadinya....nasib baiklah tak ada apa-apa yang berlaku hanya cedera sedikit jer kalau tak macam mana"....... macam tu lah bebelan mama sehari sebelum perkahwinan anak mama dulu....


Betul ke kalau nak kawin ni pastikan seminggu ke tarikh kawin tu pengantin dah x boleh keluar rumah lagi.... kononnya pengantin dilarang keluar rumah lagi bila nak berkawin ni sebabnya nak mengelakkan sesuatu perkara yang tidak elok berlaku pada bakal pengantin tu.....kalau difikir2kan rasanya macam tidak logikkan tapi bila dah terjadi depan mata mama barulah boleh nak percaya pesanan itu......


Sebenarnya anak mama ni nak pi beli kek kawin die... x nak suruh orang lain beli tapi nak juga pergi beli sendiri nak jadi cite die terjatuh dlm longkang depan kedai kek tu....nasib baik x ada apa2 yang berlaku pada diri sendiri hanya mengalami kecederaan kecil kat kaki dan lebam sedikit....tu lah sebabnya mama marah sangat dan itulah citenya yang harus dijadikan tauladan kan...


Semua pesanan itu haruslah kita ikutkan agar tiada apa2 yang akan berlaku pada pasangan pengantin tu...pesanan ini mama tujukan pada bakal2 pengantin yang akan bernikah nanti agar
mengikut pesanan orang tua2 tu agar majlis dan segala2nya nanti akan berjalan dengan lancar, mudah tanpa ada hal yang tidak elok berlaku....




p/s alhamdullilah semuanya telah selamat dan majlis berjalan dengan lancar....