Assalamualaikum semua...
Sekarang ni dah masuk bulan 12 iaitu musim tengkujuh atau musim hujan.... bagi nelayan2 di kawasan pantai masa musim tengkujuh ni lah mereka tidak dapat turun ke laut....masa inilah laut bergelora besar dan nelayan tidak digalakkan turun ke laut untuk mencari nafkah dimasa ini...kegiatan nelayan terpaksalah dihentikan sementara waktu masa musim tengkujuh ini....
Bila hujan-hujan ini mulalah mama teringat satu persatu cerita lama2 dulu yang paling mama ingat adalah cerita kereta arwah abah yang bocor dan terjadilah peristiwa yang mengelikan hati mama...
Ceritanya bermula begini.... masa tu mama baru jer menjadi ahli keluarga baru hubby (pengantin baru la katakan ) semuanya agak kekok lagi jadi malu2 dan segan untuk bertemu dengan saudara mara sebelah pihak hubby.... nak ke tak nak kena juga ikut hubby pergi melawat ke rumah saudara mara dia..... jadi satu petang kami berdua bercadang untuk pergi ke rumah Pak Busu saudara hubby di Bukit Pasir Muar....kami bertolak pergi ke Muar menaiki kereta abah kerana motosikal hubby masa tu rosak....
Dalam perjalanan hujan turun dengan lebatnya kami berdua dok di dalam kereta seperti biasa.....hubby sambil memandu kereta itu dok bercerita tentang Pak Busu nya dengan harapan mama tahulah serba sedikit tentang kehidupan Pak Busu bila sampai di rumah mereka nanti.....dengan berhati-hati hubby mama memandu kereta itu sebab hujan turun dengan lebatnya...
Bila hubby mama melalui di satu kawasan jalan yang dipenui air hujan tiba-tiba air hujan yang bertakung itu masuk menembusi kereta abah...terkejut mama apabila air dari luar tu menyimbah masuk ke dalam kereta abah tu....habis basah semua baju mama dan dalam kereta abah waktu tu dah dipenuhi dengan air hujan....hubby mama sendiri pun tak tahu yang sebenarnya kereta abah dah berlubang di bahagian bawah (lantainya)....hubby mama ketawa melihat gelagat mama yang kelihatan masih terkejut akibat disimbah dengan air hujan itu....
Akhirnya kami berdua mengambil keputusan membatalkan saja untuk ke rumah Pak Busu kerana mama tak mahu pergi dengan alasan baju mama dah basah....kami ke rumah Pak Busu keesokkan harinya dan kali ini kami hanya menaiki motosikal je.....selepas kejadian tu mama tak mahu lagi menaiki kereta abah bila hari nak hujan sebab mama tak mahu kejadian yang sama berulang lagi...itulah kenangan manis mama semasa bulan madu mama....25tahun dah berlalu tapi kenangan manis tu tetap masih segar dalam ingatan mama selama-lamanya...
18 Comments
sabar ye mama..erm..
ReplyDeletekenangan terindah tu kak..
ReplyDeleteSyukurlah ada anak yang sentiasa mendoakan ibu bapa. :)
ReplyDeleteAssalamualaikum mama,
ReplyDeletepenuh dengan nostalgia mama....terbayang2 kancil ketika membaca entri mama nie....
tu bru stylo mama...
ReplyDeletesalam..mama
ReplyDeletekita semua adalah pinjaman..pasti suatu hari nanti akan pulang..
kisah penuh nostalgia yg membuat saya sedih membacanya..
banjir smpai dlm kete ye? kik3 :P
ReplyDeleteAssalamualaikum Ma
ReplyDeletewah ni kira sweet sour memory ni.. masa terjadi masam tapi bila dikenang sweet jer.. betul kata cikgu kancil nostalgia tu..
mama!!! huhuhu... kelaka je lantai kereta boco!! :) dapat bayangkan keta yang penuh air.. saba je la.. :)
ReplyDeletelame da x kunjung mama..
Sweet memory:)
ReplyDeleteBila teringat mcm ni rasa 25 thn tu mcm baru 2-3 thn kan Mas..:)Sweet memori yg tk kan dilupakan ye:)
ReplyDeleteMoga Mas terus berbahagia disamping suami selamanya..
biasa la tu keta antik... hehehhee
ReplyDeletehehehehe.. cerita yg sweet la mama..
ReplyDeletehee...kenangan tu mama...mesti takkan lupa...:)
ReplyDeletebhye hujan2 ni hurm
ReplyDeleteingat agy mama yer..kenangan yg lame..
ReplyDeletemenarik sekali....
ReplyDeletekenangan susah nak lupa...huhu
ReplyDeletePost a Comment