SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua....
Hari ni mama nak bagi info tentang daun pudina...tentu semuanya kenal dengan daun pudina ni kan kalau tak kenal search jer kat google tentu keluar gambar daun pudina ni...banyak kegunaannya daun pudina ini dalam masakan pun ada yang sering menggunakannya kekadang ada yang letak kat nasi beryani untuk mengharumkan nasi itu ada yang menjadikannya sebagai minuman dan macam-macam lagi kegunaannya... 


Pudina ini merupakan salah satu jenis daun herba tertua dan paling popular yang berkembang di seluruh dunia.Terdapat pelbagai variasi pudina dan masing-masing mempunyai rasa yang halus dan aroma yang khusus.Tanaman ini juga digunakan dalam pelbagai hidangan.


Pudina seperti Minta Spacata adalah tanaman yang telah lama digunakan dalam budaya yang beragama seperti di India,Timur Tengah dan Eropah.Pudina juga memiliki rasa manis dengan sensasi dingin selain segar ia juga memiliki khasiat bagi kesihatan kita di antaranya....


- Menenangkan saluran percernaan dan jika anda mengalami sakit perut ianya amat membantu.


- Minum teh pudina herba mengurangkan sindrom iritasi usus,membersihkan perut dan sekali  
  gus membersihkan gangguan kulit seperti jerawat dan sebagainya.

- Pudina bertindak sebagai sensasi pendingin untuk kulit dan membantu mengatasi iritasi kulit.


- Ia juga membantu menghilangkan racun dari dalam tubuh badan.


- Daun pudina yang dihancurkan atau dilumatkan kemudian digosok pada gigi dapat membantu  
  memutihkan gigi serta mencegah nafas berbau.

- Pudina adalah pembersih atau pencuci yang sangat baik untuk kesan darah pada pakaian.
   Kalau inginkan kepastian cubalah sendiri di rumah.


Daun pudina

Air teh o ais yang diletakkan daun pudina

 Nasi Bryani yang diletakkan daun pudina  untuk mengharumkan nasi itu