SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua....


Pada kekawan mama yang berkunjung ke sini mama ucapkan ribuan terimakasih yer dan yang baru follow blog mama ni, mama ucapkan ribuan terimakasih atas kunjungan itu dan mama berharap dapatlah kiranya kengkawan meninggalkan jejak supaya mama boleh BW nanti....



Mama sekarang ni jarang2 melawat blog2 kekawan mama semua jika ada kelapangan nanti mama akan BW semula yer...Walaupun mama jarang melawat blog kekawan semua tapi mama berharap kekawan semua sudi-sudikanlah datang menyinggah ke blog mama ni yer dan tinggalkanlah jejak dan bila ada kelapangan nanti mama akan melawat ke blog kengkawan semua yer....... 



Sekarang ni mama semakin hari semakin sibuk dalam menyiapkan segala kelengkapan majlis perkawenan anak perempuan mama nanti biasalahkan nak wat kenduri kawen ni bukannya mudah banyak perkara yang perlu difikirkan.... anak yg pertamalah katakan x ada pengalaman langsung... semakin dekat harinya semakin bertambah sibuk rasanya dan semakin banyak perkara yang harus difikirkan.....


Baru sekarang terasa bukan senang-senang mengadakan majlis kawen yang besar begini.......bila difikirkan barulah teringat kembali bagaimana susahnya ibubapa kita dulu menyediakan majlis perkawenan yang meriah buat kita walaupun x diadakan majlis besar-besaran kiranya yang sederhana itu pun dah kira bersyukur kerana mereka dapat menyempurnakan majlis untuk anak mereka dengan sebaik-baiknya.... mama juga berharap dapat menyempurnakan majlis kawen anak mama itu nanti dengan sebaik-baiknya juga...doakan semoga majlis tu nanti berjalan dengan lancar nanti yer....InsyaAllah....