SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua....
Kesian lelaki tu walaupun sampah-sampah itu busuk tapi masih mahu bekerja......dia bekerja atas sebab ingin mencari rezeki yang halal....kenapa harus dipersoalkan isu busuk sampah-sarap tu dihadapannya kalau tidak kerana adanya orang-orang sepertinya yang bekerja mengangkat sampah2 itu sudah pasti sudah berlambak2 sampah-sarap dihadapan rumah2 kita semua....

Walaupun apa orang nak mengata dia tetap juga meneruskan pekerjaannya itu seperti biasa kelihatan sayu di wajahnya itu bila isu2 seperti itu diperkatakan....Isu ini sebenarnya mama dengar dari percakapan seorang budak kecil yang mengatakan pada maknya bahawa pakcik yang bekerja sebagai pengangkat sampah itu berbau busuk....

Kenapalah mesti kita mendengar percakapan yang sebegitu sekali walaupun ianya dari seorang budak kecil....... dimanakan moral seorang anak pada seseorang tu tanpa segan silu bercakap begitukn.... ......ibunyalah yang sepatutnya mengajar anaknya itu supaya jangan mudah berkata begitu pada sesiapa jua.... ini tidak ibunya dengan selamba sambil tersenyum bersahaja bila anaknya berkata begitu.......dimanakah nilai2 keibuan mu wahai wanita yang bergelar ibu hanya membiarkan anaknya bercakap sesuka hatinya tanpa memikirkan perasaan orang lain....

Kita sepatutnya memberikan nasihat pada anak2 supaya jangan bercakap begitu di hadapan orang -orang seperti itu.....bila mereka bekerja mereka tidak memikirkan sampah sarap yang berbau busuk itu tapi hanya memikirkan untuk mencari rezeki yang halal untuk anak dan isteri mereka di rumah.....pada sesiapa yang selalu merungut apabila berada dibelakang lori sampah tu ingat2lah yer bahawa tanpa lori sampah dan pekerja2nya sampah-sampah di rumah dan seluruhnya itu mungkin tidak akan ada yang akan mengangkatnya kenangkanlah jasa-jasa si pengangkat sampah ini yer....tanpa dia kita akan hidup dikelilingi dengan sampah sarap yang saban hari semakin menimbun.....

Fikir-fikirkan dan renungkanlah bersama-sama apa akan jadi kalau negara kita dipenuhi dengan sampah sarap....


Gambar hiasan