Assalamualaikum semua....
Sebelum melangkah ke tahun baru masihi esok mama kat sini ingin mengucapkan Selamat tahun baru 1433 Hijrah bersamaan dengan 27 Nov 2011 kepada kengkawan di alam maya ini...Marilah kita perbanyakkan membaca surah yassin dan berdoa agar segala-gala yang kita x dapat lakukn di tahun lepas akan dapat dilakukn di tahun yang akan datang ini dan akan sentiasa mendapat keberkataan dari Allah SWT....InsyaAllah...
Sebenarnya setiap tahun bila menyambut awal Muharram ini mama akan teringat satu peristiwa yang berlaku pada diri mama 15 tahun yang lepas....seingat mama pada hari tu mama dan family akan ke Port Dickson kerana mengikut hubby ke rumah kakaknya yang mengadakan kenduri doa selamat...kami sekeluarga bertolak dari Melaka pada jam 6 petang dan tidak sampai setengah jam dari rumah telah berlaku satu pelanggaran kereta yang dipandu oleh hubby mama ...
Kemalangan itu berlaku apabila kereta dari hadapan yang ingin memotong tidak berjaya dan kereta itu merempuh kereta yang berada di hadapan kereta mama....nasib baik hubby dapat mengelak dan memusingkan kereta ke bahagian kiri jalan tapi terlanggar juga bahagian kiri kereta di hadapan dan kereta dari belakang pula melanggar belakang kereta mama....sungguh mengerikan kemalangan tu kemalangan yang mengakibatkan 4 buah kereta....
Mama masa tu duduk di bahagian belakang bersama-sama anak sulung dan anak bongsu mama yang masih bayi lagi ...nasib baik hubby dan anak mama yang kedua yang duduk di hadapan tiada apa-apa yang berlaku hanya kecederaan kecil jer di bahagian tepi mata anak mama...mama pada masa tu tidak tahu yang diri sendiri dah tercedera kerana masa tu tak terasa apa-apa kesakitan pun tapi bila darah mula menitik di muka barulah mama tahu yang dahi mama dah tercedera masa tu....mama pun masih keliru sampai sekarang bagaimana mama boleh tercedera di dahi masa tu dan mama juga x tahu objek apa yang membuatkan dahi mama tercedera....nasiblah anak mama yang masih bayi tu tidak turut tercedera sama sebab semasa kejadian mama sememangnya sedang memegang anak mama tu....
Ramai yang datang menolong mama dan bayi mama masa tu dan mereka menelefon ambulan untuk membawa mama ke hospital tapi disebabkan mereka bimbang akan kecederaan mama ada seorang pemuda menawarkan diri untuk membawa mama dan family ke hospital menaiki kereta beliau....terimakasih mama ucapkan pada pemuda itu yang sanggup menolong mama dan family...di hospital mama telah dimasukkan ke wad kecemasan dan telah dijahit sebanyak 15 jahitan di dahi...hanya Allah saje yang tahu masa tu bagaimana kesakitan yang mama rasai dan hadapi semasa doktor menjahit dahi mama yang terluka itu.... malam tu terpaksalah mama bermalam di hospital...
Setahu mama kemalangan itu terjadi adalah kerana pemandu kereta seorang pemuda berbangsa cina yang ingin memotong tapi tidak berjaya dan dia baru saja mendapat lesen P...oleh itu pada sesiapa yang baru saja mendapatkan lesen baru janganlah memandu dengan berbahaya tapi pandulah kereta itu dengan berhemah dan berhati-hati sebab kemalangan ini tidak berbau...
Kemalangan itu akan sentiasa jadi ingatan mama setiap tahun bila menyambut Maal Hijrah ini dan ianya akan sentiasa menjadi kenangan di dalam hidup mama ini.Walaupun kejadian itu dah lama berlalu tapi tanda di dahi mama inilah yang makin menguatkan ingatan mama pada kejadian kemalangan itu dan tanda itulah yang akan kekal lekat di dahi mama ini selama-lamanya dan akan lekat menjadi kenangan walaupun ianya hanya tinggal kenangan....
bekas jahitan lama yang masih kelihatan di dahi mama...
6 Comments
bikin takut....... errrrr!!!
ReplyDeleteSyukur tak pernah lagi. tapi yang hampir tu pernah laa.... woo~~
Alhamdulillah.. Allah masih panjangkan umur Mama dan keluarga..
ReplyDeleteawww sakitnye la
ReplyDeleteSalam maal hijrah mama..
ReplyDeleteAlhamdulillah..tiada apa yang berlaku.. Tapi jahitan di dahi pasti akan mengundang ingatan pada peristiwa yang satu itu..(^___^)
baiknya pemuda tu...betul ckp mama yg bardpt lesen ni kena bawa hati-hati...org yg dh lama pun sama. jgn dah lama ada lesen bawaikut sedap hati jer...mama tak guna bio oil ke hilangkn parut jahitan tu...?
ReplyDeleteBetullah kata orang, walaupun luka telah sembuh tetapi parutnya masih ada.....kenangan biarpun pahit,memang sukar untuk dilupakan.....
ReplyDeletePost a Comment