SALAM 1 MALAYSIA 


Assalamualaikum semua....
Hari ini mama ingin mengucapkan tahniah pada pasangan ini kerana hari ini genap 11 tahun mereka melayari bahtera rumahtangga sebenarnya Citra adalah pemenang bagi contest celebrate anniversary ke 25 yang mama anjurkan x lama dulu......pasangan ini telah disatukan pada tarikh ini 11.11.2000(harap2 betul yer Citra)...di sini ingin mama mendoakan agar pasangan ini bahagia,gembira dan semoga jodoh mereka akan kekal hingga hujung nyawa mereka....tiada apa yang lebih membahagiakan di dalam hidup ini adalah dapat hidup bersama-sama dengan orang yang dicintai....dibawah ini mama mendoakan agar CitraNaNizam akan sentiasa berbahagia bersama suami dan anak-anak tersayang yer...pada sesiapa yang ingin mengetahui tentang Citra jom lah terjah blognya Citr@N@Nizam.....



Ya Allah..
Kau permudahkan segala urusan mereka ..
Kau panjangkanlah jodoh mereka...
Kau jadikanlah mereka  pasangan yang bahagia di dunia dan di akhirat
Kau jadikanlah mereka suami dan isteri yang soleh dan solehah...
Amin...
*
*
Ya Allah Ya Tuhanku
Sesungguhnya hati mereka  ini bersatu dengan kasih sayang Mu,
Bertemu  di atas ketaatan Mu
Bersatu di jalan lurus Mu
Bercinta dengan cinta tulus dari Mu
*
*
Ya Allah..
Perteguhkanlah cinta mereka berdua
Limpahkan segala kasih dan sayang di antara  mereka
Limpahkanlah pada mereka kemesraan yang abadi
*
*
Ya Allah Yang Maha Pengasih
Seiringilah mereka dalam melayari kehidupan yang sejahtera
Terimakasih  Ya Allah
  kerana Kau telah mengurniakan mereka
 puteri dan putera buat mereka berdua
sebagai penyeri rumahtangga  mereka
semoga kau berikan mereka berdua anak-anak dengan sifat2 yang
 sejati mengingati kedua ibu dan bapa bila mereka tua nanti
InsyaAllah... 
mudah-mudahan Kau penuhilah doa2ku untuk pasangan ini..
*
*
Ya Allah..
Semoga jodoh perkahwinan mereka berdua
 Zamri Ali Hasan
dan
 Aznani Binti Jailani
berkekalan hingga hujung nyawa mereka
dan berkekalan hingga ke syurga...
*
*
Amin Ya Rabbal 'Alamin
*