SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Wah kepenatan hari ni benar2 terserlah
 sebab menjelajah dari satu kedai ke satu
kedai untuk mencari barang-barang yang perlu
untuk majlis perkahwinan anak mama nanti...
Walaupun dilanda kepenatan tapi keseronokannya amat2
dapat kami rasai....
nantilah n3 nyer akan mama tuliskan kemudian yer...

Sebenarnya n3 mama hari ini bukan tentang 
shopping meyoping barang2 kawen yer
 tapi ianya adalah tentang makanan yang amat disukai 
oleh anak2 mama iaitu otak-otak atau lebih komesial
kat sini adalah "Otak-Otak Kempas"...
anak mamalah dok merengek nak makan otak2 ni
 jadi misi mencari otak-otak ni diteruskan....
Kami terus menuju ke kilangnya yang berada di Kempas 
tujuan membeli otak-otak itu terus dari kilangnya adalah kerana  
ingin membeli dengan harga yang lebih murah...

Pasti semua pernah dengar atau baru mendengarnya
pada yang berada di Johor pasti dah tahu akan otak2 Kempas ni kan...
Walaupun kepenatan kami semua tetap meneruskan misi
menjejaki kilang tempat pembuatan otak-otak ni kerana
di sini harga yang diberikan lebih murah jika dibandingkan dengan 
yang biasa kita makan dikedai2 tu...
tapi kena bakar sendirilah yer kat kedai tu
orang yang bakarkan tu sebab kena caj... 

Papan tanda untuk ke kilang nyer...
pada sesiapa yang teringin membelinya terus jer ke kilangnya 
boleh dapat dengan harga yang murah
Pada yang ingin berniaga pun digalakkan pergi terus ke kilang ini.
Wah mama nak promosi otak-otak kempas ni yer...
promosi percuma ni kalau dapat free otak-otak tu lagi best gak...

Kilangnya (gambarnya x clear la kabur)

Wah!!! semangat betul mengangkat otak2 tu kiri kanan plak tu...
Tengok tu sekali beli sampai 200 batang otak2
harganya baru 53 inggit jer kalau dikirakn sebatang baru 26 sen..
Kalau nak berniaga tu dah kira dah ada untung kat situ sebab kalau
makan di luar satu otak2 jer dah 50 sen atau 60 sen sebatang

Inilah otak2 yang belum dibakar lagi
dan dalam setiap satu plastik berisi 50 batang otak2

Sampai di rumah apa lagi teruslah membakarnya...
ahhh apa lagi makanlah sepuas-puasnya 
kalau nak buat jamuan atau BBQ pun baguskn bakar sendiri jer...