SALAM 1 MALAYSIA


Assalamulaikum semua...
Hari ni dah hari yang ke 7 kita semua beraya
tapi masih ada lagi rumah kekawan yang mengadakan majlis rumah terbuka..
 tahun ni mama x mengadakan jamuan rumah terbuka pun tapi hanya sekadar 
mengadakan jamuan ringan2 saja itupun untuk sedara-mara 
dan jiran2 tertangga yang terdekat...
pada sesiapa yang hadir
dijamukan dengan juadah biasa2 jer...
Jamuan ni mama buat pada hari Ahad yang lepas selepas
balik dari kampung hari itu...
 Masakan yang mama sediakan hanyalah masakan biasa jer  
tapi adalah rendang,lodeh,serunding daging,sambal kacang dan nasi impit....
Mama buat masakan yang simple2 je tapi kira
okaylah juga dan mama berharap semua yang hadir ke rumah mama
hari tu merasa happy dengan masakan mama yang x seberapa tu...
Alhamdullilah jamuan tu berakhir juga dengan gembiranya
bukan makanan yang jadi keutamannyakan,
kunjung mengunjung itulah yang penting untuk
mengeratkan silatulrahim sesama kita...

Dapur mama tengah berselerak...

 bahan-bahan untuk rendang,lodeh,sambal kacang 
semuanya sudah siap di sediakan 

p/s gambar masa jamuan x ada, sibuk sangat sampai terlupa nak ambil....