SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum ....
Hari raya adalah hari untuk kita semua bermaaf-maafan sesama kita kan...
yang muda memohon maaf pada yang tua,isteri memohon maaf
pada suami, anak-anak memohon maaf pada kedua-dua
ibubapa, memohon maaf antara adik-beradik, kekawan, sanak saudara
dan semua kekawan n jiran tetangga.
Begitu jugalah mama dan family di pagi raya masing-masing dah bersiap
untuk memulakan tradisi bermaafan ... 
Sebelum bersembahyang hari raya kami sekeluarga salinglah bermaafan
sesama sendiri dahulu sebelum ke rumah mak mama pula...
Begitulah tradisinya sejak 3 tahun kebelakangan ni kerana dahulu kami
 sekeluarga akan pulang ke kampung halaman
kerana pada masa tu mama masih tinggal jauh diperantauan
di Melaka jadi setiap tahun kami akan beraya di Johor...
Bila dah bertukar ke Johor ni pada pagi raya di rumah sendiri la
kemudian barulah ke rumah mak mama di Majidee selepas tu 
barulah beraya di rumah adik-beradik mama pula...
 Kiranya mama ni bernasib baik jugalah bila
  bila menjelma bulan Syawal mama x sibuk nak berkira dengan hubby
nak balik kampung siapa sebab kedua2 orang tua hubby
telah tiada jadi mama senanglah nak buat perancangan tu... 

Bermaaf-maafan di pagi raya.....

Sempat posing lagi bila nak bermaaf dengan hubby