SALAM 1MALAYSIA


Assalamualaikum...
  Hari ini mama nak bagi petua pada semua kekawan yer...
Petua orang lama-lama lakukan dan amalkan.
Kita ikutilah petuanya di bawah ini dan kalau suka
amalkanlah selalu ye...


1- UBAT SAKIT KEPALA
Cara tradisional untuk ubat sakit kepala ini 
ialah mendapatkan tiga helai daun sirih, 
tiga ulas bawang merah (jgn buang kulitnya),
satu sudu teh jintan manis,satu sudu besar cuka dan semangkuk air.
 Ramas semua bahan tadi di dalam air dan sapu di kepala.
InsyaAllah sakit kepala akan berkurangan.
Kalau tidak baik juga pergilah jumpa doktor segera.

Daun sirih

2- PEGAGA UNTUK AWET MUDA
Bagi yang mahu kekal muda amalkanlah petua ini.
Ambil daun pegaga yang segar,kisar bersama air hingga lumat.
Tapis dan ambil airnya kemudian 
masukkan sedikit gula dan sedia untuk diminum.
Amalkan yer mama pun amalkannya dan air pegaga ni pun sedap rasanya.

Daun pegaga

3- ATASI BAU BADAN
Masalah ini memang selalu dialami oleh semua 
orang dan memang memalukan.
Cara mengatasinya ialah dengan mengambil 
beberapa kuntum bunga cengkih
 dan rendam sehingga kembang kemudian 
minum airnya selama tiga hari berturut-turut.
Amalkan selalu hingga bau badan berkurangan.

cengkih

4- DAUN BELIMBING RAWAT DEMAM KUNING
Untuk mengatasi masalah demam kuning pada bayi yang baru lahir,
ambil daun belimbing yang berwarna kekuningan.
Rebus dan campurkan ke dalam air mandian bayi.
Amalkan setiap kali tibanya masa untuk memandikan bayi.
InsyaAllah kuning pada bayi akan berkurangan dan beransur pulih.
Itulah saja petua untuk hari ni nanti mama postkan
petua2 yang lain plak yer...

ini buah belimbing bukan daunnya