SALAM 1 MALAYSIA


Wah dah lama En.Ben tidak membuat segmen
tetiba jer ada satu segmen plak hari ini...
Pada sesiapa nak join bolehlah join kali ini x payah letak
header En.Ben cuma letak gambar semasa kekawan beraya..
Nak join segmen En.Ben klik kat sini ..

Beraya tahun ni pada mama seperti biasa jer kerana persiapan raya 
tahun ni mama tidak ada membuat banyak persiapan sebenarnya...
Tahun ni beraya ala kadar jer kerana ada persiapan lain yang
mama lebih pentingkan...mama sibuk dengan persiapan
untuk majlis perkahwinan anak perempuan mama....
Walaupun tidak menyambut raya semeriah selalu tapi kami sekeluarga
tetap menyambutnya dengan gembira dan seronok sekali....

Persiapan seperti baju raya dan kuih raya mama
 beli yang ready made jer lebih senang n cepat...
 Tahun ni seorang sepasang jer baju raya nyer sebab ada baju
yang penting yang akan di tempah nanti...
Tapi ada sesuatu yang berbeza tahun ni yang mama
rasa amat  pelik sekalilah sebab anak2 mama tahun ni
memilih baju raya yang sedondon plak tahun ni
sebab selalunya setiap tahun mereka akan memilih baju yang sama color je
tapi berlainan coraknya...
Mungkin tahun ni adalah tahun mereka
bertiga bersama kerana pada raya tahun hadapan
anak perempuan mama yang sulung mungkin
dah berkeluarga sendiri...

Tahun ni tahun pertama mama beraya sebagai blogger
rasa seronok juga kerana mama dapat kad hari raya
ucapan hari raya dari blogger dan
 banyak cerita2 menarik juga dari teman-teman blogger...
Semoga beraya pada tahun hadapan lebih meriah lagi hendaknya...
InsyaAllah....
Terimakasih pada En.Ben kerana mengadakan segmen ni 
dan semoga blogger semua gembira semasa berhari raya...