Selamat pagi semua kekawan hari ini dah hari yang ke 21
berpuasa..semoga segala amalan kita di bulan Ramadhan ini
diterima oleh Allah...
Tentu ada kekawan ada melihat drama di tv 1 semalam..
"100 Hari"
sungguh mendalam jalan ceritanya.Begitulah keadaannya jika kita dapat
mengetahui hari kematian yang akan berlaku...
Keinsafan diri ini muncul selepas menontonnya sendiri semalam..
100 Hari Sebelum Kematian
Hanya yang sedar akan kematian itu akan dapat merasainya tapi kekadang
ada juga yang tidak sedar akan tanda-tanda itu
tanda ini biasanya akan berlaku selepas waktu Asar.
Sesungguhnya Allah akan sentiasa memberikan peluang pada sesiapa yang
diberikan tanda dan masih dapat melakukan amalan dan bertaubat untuk bekalan di bawa
sesudah mati dan ditinggalkan sesudah kematian.
Seluruh tubuh akan bergetar atau menggigil maka hanya yang mengetahui akan
kematian itu amatlah bahagianya dan pada yang tahu tidak akan hanyut di dalam dunia mereka.
Tanda 40 hari Sebelum Kematian
Tanda ini berlaku sesudah waktu Asar,bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut
dan pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan berguguran dan terletak
di Arash Allah maka malaikat maut mula mengambil daun itu untuk membuat
persediaan ke atas kita dan akan mengikut kita kemana-mana sahaja.
Pada ketika ini malaikat maut akan memperlihatkan wajah mereka bagi yang terpilih
dan kita seakan-akan keliru dan bingung dengan situasi ini.
Malaikat maut ujudnya cuma seorang tapi kuasanya untuk mencabut nyawa
adalah bersamaan dengan nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 Hari Sebelum Kematian
Adapun tanda ini hanya akan diberikan pada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba
ianya berselara untuk makan.
Tanda 3 Hari Sebelum Kematian
Pada ketika ini akan terasa denyutan di tengah dahi iaitu di antara dahi kanan dan dahi kiri
dan jika tanda itu dapat dikesan hendaklah dia berpuasa untuk mengurangkan
najisnya dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikannya.
Ketika ini juga matahitam tidak akan bersinar lagi dan yang sakit hidungnya akan
jatuh dan akan dapat dilihat dari pandangan sisi,Telinganya akan layu di bahagian hujungnya
dan akan kelihatan beransur-ansur masuk ke dalam.Tapak kaki yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 Hari Sebelum Kematian
Akan berlaku sesudah Asar dimana kita akan merasa denyutan di sebelah belakang
iaitu di kawasan ubun-ubun menandakan kita tidak akan sempat
menemui waktu Asar seterusnya.
Tanda Akhirnya Sebelum Kematian
Akan berlaku dimana kita akan merasa satu keadaan sejuk di bahagian pusat
dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya naik ke bahagian halkumnya.
Ketika ini hendaklah mengucapkan kalimah syahadah dan berdiam menantikan
kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali menemui Allah S.W.T
yang telah memberikan kita kehidupan.
Sesungguhnya hendaklah kita sentiasa mengingati mati kerana Allah dan
persiapkanlah diri untuk dan bersedialah untuk menghadap Ilahi
"Sesungguhnya aku tidak layak ke Syurga MU malah aku juga tidak sanggup ke Neraka MU"
SubhanaAllah
Di sinilah kita akan bersemadi untuk selama-lamanya
selepas kematian.
22 Comments
pernah terbaca sal info ini...anyway thanks mama sebab bangkitkan semula...supaya kancil mahupun blogger lain ingat akan kematian...
ReplyDelete@Kancil 8349
ReplyDeletesama-samalah kita ingat mengingati sesama kita agar kita x sesat jalan...:)
trima ksih kerana m'ingatkan.. kadang2 kita lupa tentang soal akhirat ni..
ReplyDeletetakut Mira baca, nak nangis pun ada.. :(
@AyiLarimA
ReplyDeletethanks dtg lawat blog mama...
ye la kekadang kita lupa n lalai jadi sama2lah kita ingat mengingati antara satu sama lainkn..:)
Assalamualaikum Mama
ReplyDeleteAlhamdulillah
terima kasih atas info ini
Wassalam
@Rozali
ReplyDeletewaalaikumusalam...sama2 lah kita fahami info ini yer...:)
salam mama, nabi berkata tanda orang yang bijak adalah orang yg selalu mengingati mati... nice info mama.
ReplyDeleteinfo yang berguna :)
ReplyDeleteperringatan sesama kita yer mama..
ReplyDeletegood info
ReplyDeletehuuu
ReplyDeletebile bace ni trus ase insaf je..
hmm33..
maceh mama
@Santri T.P.I.N.I
ReplyDeleteye lah santri kematian itu akan berlaku pada semua org oleh itu beringatlah ye...:)
@Asyikin
ReplyDeletethanks asyikin....:)
@H.J
ReplyDeleteye betul tu H.J peringatan sesama kita...:)
@abghani
ReplyDeletethanks abghani...:)
@aimie amalina
ReplyDeletemmg terasa sayu bila kita membacanya kalau tonton ceritanya semlm kat tv lg sayu aimie bila melihatnya....:)
erm mama takut pulak
ReplyDeletemama...sangat menarik...;d
ReplyDelete@Iffah Afeefah
ReplyDeleteitu ingatan pada kita yg masih hidup...:)
@Run Away
ReplyDeletethanks yer...:)
Apapun kematian tak mengira waktu. Kita ni kenalah sentiasa bersedia dan ingat. Seperti kata Rasulullah SAW orang yang bijak ialah orang yang banyak mengingati mati. Maknanya banyak bersedia untuk bekal di sana.
ReplyDeleteMari tambah amal :)
-wina1979-
@NA
ReplyDeletethanks wina ....ye kita mestilah mengingati mati selalu...
semoga kita selalu dirahmati oleh NYA...:)
Post a Comment