SALAM 1 MALAYSIA
Wah sekejap betul masa berlalu mama rasa baru semalam
kita semua mula berpuasa tapi rupa-rupanya sudah hari yang ke 23 hari ini
Alhamdullilah mama bersyukur kerana tahun ni
mama dapat berpuasa dengan selesa
kerana tiada simtom gastrik sejak mula berpuasa lagi.
Hari ini mama nak tulis n3 tentang beg tangan
dan juga mama nak kongsi tips tentang beg tangan
sebab semalam mama ada terbaca satu aktikel
kat majalah mengenai beg tangan.
Ini yang mama nak kongsi pengetahuan tu kat
anda semua yang mana tentu ramai yang
bercadang ingin membeli beg tangan untuk
hari raya yang bakal tiba nanti.
Beg tangan sememangnya sinonim dengan golongan wanita.
Tidak hairanlah dari remaja hinggalah ke peringkat berusia,
semuanya ingin tampil bergaya menggayakan beg tangan.
Apatah lagi jenamanya pula sering dijadikan
perbandingan ekoran produknya pastilah lebih berkualiti.
Namun dalam kamu sibuk untuk memilih beg tangan untuk keperluan diri,
pernahkah kamu terfikir beg tangan yang bagaimanakah
sesuai dengan bentuk tubuh kamu???
Mungkin ada yang tidak menyedari bahawa
beg tangan mampu mempengaruhi penampilan dan gaya kamu.
Penting untuk kamu ketahui beg tangan yang
bagaimana patut kamu gayakan agar sesuai dengan
bentuk tubuh kamu supaya penampilan diri tidak tenggelam.
Di bawah ini mama sertakan sekali tip
yang boleh kamu jadikan panduan sebelum mengambil keputusan membeli beg tangan.
Rendah dan gempal
Sekiranya kamu di dalam kategori ini cuba elakkan
membawa beg tangan yang besar atau tali beg yang panjang.
Biarpun dapat melindungi bentuk tubuh yang gempal
itu tetapi hakikatnya ia membuatkan penampilan kamu lebih pendek.
Paling cantik gayakan beg tangan yang bersaiz kecil
dan terletak cantik di tubuh untuk tampak lebih tinggi.
Rendah dan kurus
Bagi yang bertubuh rendah dan kecil mereka ini
seharusnya mengayakan beg tangan bersaiz kecil atau sederhana
untuk menyerlahkan diri mereka.
Sebaiknya elakkan menggunakan beg tangan yang besar
kerana ia akan membuatkan diri kamu seperti budak-budak.
Untuk tampil kelainan golongan ini boleh memilih beg tangan jenis sandang,
ianya nampak lebih unik dan menarik,
tetapi jangan sesekali silangkan tali beg
pada payu dara kerana ia akan membuat kamu nampak seolah-olah berisi.
Besar bahagian atas
Jika tubuh kamu jenis yang berisi atau besar
pada bahagian atas berbanding bahagian lain,
pilihlah beg tangan bertali pendek supaya kamu tidak perlu menyandangnya di bahu,
ini boleh membantu mengimbangi penampilan kamu.
Ataupun kamu boleh pilih beg tangan bertali panjang
yang jatuh antara pinggang dan pinggul sekurang-kurangnya
dapat menutup sedikit kekurangan pada tubuh
Tinggi dan kurus
Untung bagi mereka yang kurus dan langsing,
mereka boleh menggayakan hampir keseluruhan jenis beg tangan.
'Clutch',beg sandang dan beg tangan besar sebenarnya
paling cantik digayakan oleh golongan tinggi lampai ini.
Elakkan menggunakan beg tangan bersaiz kecil
kerana ia membuatkan kamu nampak lebih tinggi dan kurus.
Beg tangan 'Clutch' biasanya digunakan untuk
majlis makan malam.
Pemilihan beg tangan jenis ini sebenarnya
memberikan daya tarikan kepada si pemakai.
Pilih yang sedikit besar dan panjang sekiranya
kamu bertubuh besar dan yang kecil molek jika kamu bertubuh kecil.
Elakkan mengepit beg tangan genggam di ketiak
kecuali tubuh badan yang sederhana dan kurus.
Perbuatan ini membuatkan kamu nampak lebih gempal.
Sebaiknya genggam beg tangan itu dengan tangan lurus ke bawah.
Jika kamu risaukan rupa perut dan pinggang,
bawalah beg tangan itu rapat ke perut dengan bersahaja dan
penuh anggun secara tidak langsung ia
boleh menutup dan menyorokkan perut kamu itu
Tip pilih beg tangan
Pastikan kepentingan atau keperluan untuk memakai beg tangan itu.
Setiap beg tangan mempunyai ciri-ciri tertentu,
sama ada untuk ke pejabat,majlis makan malam dan santai.
Contonya beg tangan ke pejabat mestilah daripada bahan yang kuat dan tebal.
Bagi kamu yang mempunyai banyak barang,
kamu boleh pilih beg tangan jenis berpoket.
Namun harus diingat perlu penutup yang kuat dan
selamat supaya beg tangan kamu tidak
menampakkan 'isinya' atau barang tidak tercicir keluar.
Paling penting beg tangan itu dapat diangkat dan dipegang dengan
selesa supaya penampilan tidak terganggu.
Jangan lupa periksa juga keadaan luar dan dalam beg tangan.
Bahan yang diperbuat daripada jenis nilon,wool,vinyl atau kulit lebih tahan lama.
Semuga segala info ini berguna dan dapat membantu,
bila kita semua terasa ingin mendapatkan sebuah beg tangan yang baru....
Carilah beg tangan yang bersesuaian dengan citarasa dan personliti kita.
PETUA
Bila kita membeli beg tangan atau kasut di dalam beg tangan
atau kotak kasut tu pasti ada diletakkan dengan
ubat alahan daripada kulat.
Oleh itu ubat itu janganlah dibuang begitu saja kerana
ubat alahan itulah yang akan menjaga beg tangan atau
kasut kita itu daripada terkena alahan barangan kulit.....
16 Comments
Tips yang sangat berguna untuk mereka yang sedang berangan nak beli handbag raya.....
ReplyDeleteweeee
ReplyDeletemaceh mama!
suke tips ni sebb suke sgt dgn beg tgn
hahha
lumrh perempuan kan =]
Panjang lebar juga petua mama beri.
ReplyDeleteNanti cari beg tangan baru akan gunakan petua mama.
-wina1979-
wah.. pakar handbg.. :)
ReplyDeletenina xsuka sgt tpi sjak keja ni kena pakai..
lelaki pula suka jam tangan yg xklusif
ReplyDeletesy kurus n rendah..suke pakai handbag besar.. adeh, slh rupenya..
ReplyDelete@Arizakiah
ReplyDeleteye pada sesiapa yg nak membeli hand beg bacalah info ini...:)
@aimie amalina
ReplyDeletesama2 aimie....dah dpt info dr n3 mama ni semoga berjaya membeli hand bag baru ye...:)
@NA
ReplyDeletebetul tu ikut info mama kalau nak beli hand bag tau...:)
@Niena Pengembara Ilahi
ReplyDeleteye la niena kalau dah bekerja lagi kena pakai hand bag baru nampak cantik n bergaya....:)
@abghani
ReplyDeleteabghani nanti mama bagi info untuk lelaki plak ye...tunggu ye...:)
@mizzkechique
ReplyDeletewah pas ni bolehlah cari hand bag baru la mizz....:)
suka handbang yang besor gedang hahaha sebab leh letak mcm2..terutama diapers anak..susu anak..aihhh mcm bag doraemon dh ni kak mas ;p
ReplyDeletepakai sederhana besar
ReplyDeletepastu jatuh smpai bwh
tak sedar dri tu pendek wakaka
@PinKy MoMMa
ReplyDeletehahaha...biasalah diya kalau dah kawin n ada anak mesti guna bag yg beso punyer kn...:)
@Iffah Afeefah
ReplyDeletekali ni boleh pilih ikut info mama ye...:)
Post a Comment