SALAM 1 MALAYSIA




Jalan-jalan melawat blog terjumpalah mama satu blog yang mama
rasa amat menyayatkan hati mama.
Menitik airmata mama bila baca semua entry beliau
juga entry arwah suaminya...
Entry yang paling mama tersentuh adalah entry
suami mawar nafastari (nama samaran beliau)
tentang kelahiran anak kedua mereka.
Blogger yang mama maksudkan adalah Mawarnafastari...
Kalau ada yang ingin ke blog beliau
linknya adalah  
Sayu mama apabila membaca semua entry mawar 
tak dapat mama bayangkan bagaimana perasaannya
bila kita kehilangan orang yang kita sayangi.
Arwah suami mawar meninggal pada 1Mac 2011 yang lalu dan
mama pun tak tahu kenapa suami mawar meninggal
tapi dari entrynya mama dapat tahu bahawa mereka 
sekeluarga menetap di Islamabad Pakistan.
Walaupun dah hampir 4 bulan suami mawar meninggalkannya
tapi mawar tetap tabah walaupun kenangan dan memori indah 
bersama suami masih tetap di dalam ingatannya.
Mama berdoa semoga mawar dapat mengharungi
kehidupan ini dengan tabah walaupun tanpa
suami tercinta disisi.Memang payah untuk kita melupakan
semua kenangan itu tapi biarlah memori tu menjadi 
satu memori yang paling  berharga didalam hidup mawar.
Anak-anak mawar adalah harta yang paling berharga
sekali didunia ini,didiklah mereka dengan kasih sayang
seorang ayah dan juga seorang ibu.
Semoga mawar tetap tabah menghadapi dugaan ini
dan semoga mawar berjaya dalam temuduga
mawar untuk mendapatkan pekerjaan.
Sedih mama pada kedua orang cahayamata mereka
kecil-kecil lagi telah ketiadaan ayah untuk bersama mereka
sehingga mereka dewasa.
Hanya Allah yang maha mengetahui segala-galanya
yang ada dilangit dan dibumi.
AL-FATIHAH
buat suami mawar nafastari
 jugak buat anak-anak mereka
EMBUN DAN KEKWA
      membesarlah kamu dengan sempurna dan
menjadi seorang insan yang berjaya dan berjasa
pada ibumu.