SALAM 1 MALAYSIA



Jom  marilah kita join segmen ini 
yang penuh dengan segala panduan dan sunah-sunah dari 
Rasulullah S.A.W Junjungan besar kita...
 Segmen ini telah dianjurkan oleh
blog The Garden Of  Love 
Marilah kita join bersama-sama okay...
Hadis saya yang akan saya postkan disini adalah
*
*
" KEBURUKAN SOMBONG"
*
*
 Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak akan masuk Syurga orang yang ada kesombongan
sebesar biji sawi dalam hatinya dan
ada tiga perkara yang menyebabkan binasa iaitu
terlalu bakhil,mempertaruhkan hawa nafsu dan menyombongkan diri."
*
*  
Apa yang dapat kita fahami dari hadis ini 
adalah janganlah kita hidup di dunia ini
berbekalkan kesombongan.
Sombong itu boleh menghilangkan keutamaan 
dan bahkan dapat membawakepada kehinaan,
akibat tidak mahu mendengarkan akan 
nasihat ataupun menerima teguran.
Segala kesombongan itu tidak akan kekal kekuasaannya 
ianya akan hilang dek kerana
kesombongan itu sendiri.
Tidak akan dapat mencium bau syurga bagi orang yang 
mengamalkan kesombongannya hanya 
hidup bertemankan hawa nafsu yang 
membinasakan diri mereka.
Oleh itu janganlah kita hidup di dunia ini 
mengamalkan sikap sombong bongkak 
ini semua hanyalah hasutan dari syaitan
 yang ingin menyesatkan kita 
dari mengikut pada jalan yang diredai oleh ALLAH.
Renung-renungkan dan selamat beramal....