Assalamualaikum ....
Semalam selamat sudah kenduri doa selamat
dan cukur jambul anak saudaraku
"Siti Nurshazwina"...
Kenduri ini diadakan kerana si kecil ini baru je selamat
dari menjalani pembedahan...
kelihatan gembira sekali ibu dan ayah
si kecil ini kerana wajah anak mereka
kembali seperti kanak2 biasa yang lain
Allhamdullilah selamat sudah dan semuanya
kembali normal dan aunty doakan semoga Wina menjadi
anak perempuan yang comel dan cerdik nanti yer....
Inilah sekecil yang baru lepas
menjalani pembedahan mulutnya
kelihatan masih terdapat bekas
plaster terlekat di hidungnya
:SITI NURSHAZWINA:
Persiapan terakhir menyediakan pencuci mulut
kuih-muih...
Pulut kuning dan rendang menjadi buah tangan
untuk jemputan yang hadir...
Majlis cukur jambul sedang dijalankan
oleh ahli-ahli dari masjid
Wina bersama ayah dan atoknya
Ada plak majlis menaburkan syiling oleh adik ipar saya
semua jadi gamat mengutip duit-duit syiling yang ditaburkan
memeriahkan suasana majlis cukur jambul
Dalam proses pembersihan di bahagian hadapan rumah
pembersihan di bahagian dapur
tak sempat nak ambil gambarnya
Berehat dari kepenatan setelah kenduri selesai
dan proses pembersihan pun selesai
2 Comments
Waaaa!~ Comel sgt bb tue! Geram2!~ Tapi napa kat idung dia tue eh?
ReplyDeletethanks shafique....baby tu baru pas operation mulut dia jadi doktor t'paksa letakkn something x tahu plak apa dia tapi benda tu utk cover hidungnya...jadi doc letakkn plaster supaya benda tu x dpt diusik oleh tgn bb tu...:)
ReplyDeletePost a Comment