SALAM 1MALAYSIA


Bila nak berbelanja tu ingat-ingatlah ya kawan 
jangan terlebih berbelanja sudahlah...
kekadang kita ni sebagai seorang perempuan 
juga surirumah (yg dah kawen je yg lum kawen pun boleh)
haruslah pandai berjimat-cermat bila nak berbelanja tu
 bukan apa takut benda yang masih ada pun kita beli juga...
kn membazir namanya tu...
oleh itu bila nak keluar membeli barang-barang keperluan 
sediakan senarai barang yang perlu kita beli sahaja 
jadi tak lah terbeli yang tidak perlu dan penting...
kalau dah ke pasar raya tu memang banyak benda
 yang buat kita rasa nak beli tapi kawal nafsu boros tu
 jangan sampai terpedaya dengan hasutan 
akal fikiran kita sendiri elakkan dari pembaziran dalam berbelanja...
Kalau rasa troli membuatkan kita boleh berbelanja besar
 apakata sebagai ganti gunakan bakul atau beg kitar semula
 ketika membeli barangan keperluan asas..
selain dari itu kita hendaklah mengubah gaya hidup 
dan sesuaikan dengan pendapatan yang dijana setiap bulan....
Dibawah ini kita marilah kita kongsi bersama-sama 
info membeli barang-barang keperluan dapur rumah kita...
*
*
1-Selalu praktikkan bila keluar membeli-belah sediakan senarai
barang yang perlu bagi mengelakan 
pembaziran yang tidak perlu.
*
*
2-Bagi yang berkeluarga senaraikan menu mingguan untuk keluarga.
Jika bukan sepanjang hari cukup sekadar menu makan malam.
Dengan cara ini kita dpt merancang barang2 mentah dan
makanan yang perlu disediakan.
*
*
3-Bila berbelanja kita memang memerlukan bajet,
jangan melebihi bajet yang telah ditetapkan 
dan jika tidak berbelanja melebihi had akan berlaku.
*
*
4-Simpan resit perbelanjaan untuk membuat bajet bulan
dan ia juga berguna untuk perbandingan harga.
Setiap tempat mempunyai harga yang berlainan
gunakan sebagai rujukan dan maklumat .
*
*
5- Jangan terputus bahan mentah dan tunggu hingga habis.
Sebagai contoh jika tisu atau telur makin berkurangan
segera senaraikan sebagai bahan yang perlu dibeli.
*
*
6-Bawa bekal makanan ke sekolah atau tempat kerja
beli makanan yang mudah dibawa seperti snek kesihatan 
dan jika ada makanan malam yang masih ada, eloklah digunakan
sebagai sarapan atau makan tengahari.
*
*
7-Selalu peka lah dengan jualan murah dan segera beli ketika itu.
Namun ingatlah kekadang jualan murah tidaklah
semurah yang disangka dan ketika inilah kita boleh merujuk
kembali resit pembelian yang lalu sebagai perbandingan.
*
*
8-Jangan membeli makanan yang tidak menyihatkan,
lebih baik pergi membeli-belah sendirian iaitu ketika
anak-anak bersekolah atau tinggalkan mereka bersama pengasuh
 bagi mengelakan kita membeli makanan yang tidak baik
untuk kesihatan.
*
*
9-Keluar membeli pada waktu bukan puncak dan dapatkan
bekalan bahan mentah seperti ayam,daging,ikan
dan sayur-sayuran di pasar borong yang menawarkan
harga yang lebih murah,elakkan membeli sayur yang
cepat layu.
*
*
10-Amalkan kitar semula merangkumi beg plastik,kertas atau tin
minuman yang boleh dikitar semula.
Bawa beg plastik kitar semula ketika keluar membeli belah 
selain menjimatkan ia dapat mengelakkan pencemaran alam
sekitar.
*
*
Diharap info di atas sedikit sebanyak dapat mengelakan kita 
dari melakukan kesilapan
yang sering terjadi sewaktu kita keluar membeli belah.
Rancanglah segalanya dengan berhemah
dan itu akan membuatkan kita lebih 
berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian.


Gambar hiasan ikhsan dari Mr.Google