Semalam saya telah ke rumah adik saya
melawat anaknya yang ke dua
yang baru saja melakukan pembedahan
mulut sikecil yang sumbing dulu...
Kesian saya melihatnya dulu tapi sekarang
keadaannya sudah berubah dan
berubah hanya dengan sekelip mata saja.
Ada kisahnya dulu saya tuliskan dientry
tahun baru 2011 yang mana kelahirannya
sama tarikh dengan hari pertunangan anak saya yang sulung.
Kecanggihan pakar yang melakukan
pembedahan itu begitu memuaskan hati kami sekeluarga..
Kelihatan adikku begitu bersyukur sekali
setelah melihat anak perempuan keduanya
pulih semula seperti kanak2 normal yang lain....
Kami sekeluarga juga merasa gembira
bila melihat keadaan anak kecil itu sudah kembali normal.....
Mudah-mudahan semuanya akan
kembali normal hinggalah dia dewasa nanti...
Tapi ada satu lagi pembedahan akan dilakukan
bila usia anak kecil itu berusia 9 tahun...
Pembedahan itu adalah untuk membetulkan
gusi kanak2 kecil itu supaya apabila
gigi kekalnya tumbuh nanti ia akan
tumbuh dengan elok...
Kami sekeluarga akan mengadakan kenduri
doa selamat pada 9 Jun nanti dan
dituruti dengan majlis potong jambulnya...
"SITI NURSHAZWINA"
semoga kau menjadi seorang anak yang
berguna pada kedua2
orang tua mu bila kamu sudah dewasa nanti...
-AMIN-
P/s gambar tidak dpt diletakkan atas kemahuan
kedua ibubapanya kerana sekecil belum pulih sepenuhnya...
0 Comments
Post a Comment