SALAM 1MALAYSIA

Entry kali ini saya nak menyingkap isu tentang anak derhaka...Selalu cerita tentang anak derhaka ini kerap kita tonton di tv dan salah satu dramanya baru kita lihat dan tonton baru-baru ini pada malam sabtu lepas di tv3..
 "BIARKAN AKU MENANGIS"...
Ceritanya amatlah menarik dan amat teruja saya melihatnya dan terfikir juga di minda ini kalaulah terjadi pada saya apakah yang akan berlaku agaknya...
semuanya masih berligar-ligar di fikiran????????
Jalan ceritanya begitu mengharukan dan sayang sungguh ibu itu pada anaknya tapi anaknya yang tidak bermahruah itu telah sanggup meperlakukan ibunya begitu kejam sekali sanggup menghalau ibunya dari rumah,sehingga ibunya mendapat kemalangan dan mati dihadapan matanya sendiri. 
Itulah pengajaran yang si anak dapat bila memperlakukan ibunya begitu membuat dia menjadi gila.    
Isu ini seringkali kita dengar kat mana-mana pun dan masih ada lagi di zaman serba moden ini anak yang menderhaka pada kedua-dua ibubapa mereka.Entahlah apa nak jadi dengan dunia sekarang ni, macam-macam hal yang berlaku....
Bersusah-payah mak bapa membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang begitu plak balasan mereka.
Ibubapa sebenarnya tidak mahu akan balasan atas segalanya, yang mereka harapkan adalah kasih sayang dari anak-anak mereka dan ingatan pada mereka.Anak-anak sekarang suka sangat menghina,mengecilkan hati,melawan cakap ibubapa mereka dan macam-macam lagi hal yang sering kita lihat...
ya lah itu semua sebelum mereka berjaya lagi dah bersikap begitu apatah lagi kalau mereka dah berjaya, lagi teruk kot ....!!!
Mungkin muka ibubapa mereka pun mereka jijik nak lihat dan pandang....
Teringat saya akan cerita yang dilakonkan oleh Erra Fazira dulu iaitu cerita
"HINGGA HUJUNG NYAWA".
Kalau kamu semua masih ingat sinopsis cerita itu memanglah amat menyedihkan,apa yang berlaku
begitu mengharukan sekali..dari kecil hingga besar anak itu dijaga dan dibesarkan tapi akhirnya anak itu jugalah yang melupakan dan menghina kedua-dua ibubapanya.
Ibubapanya sanggup menggadaikan tanah pusakanya semata-mata hendak menghantar anaknya belajar dan menjadi seorang yang berguna tapi 
sebaliknya pulak bila dah berjaya dan telah berkahwin dengan anak orang kaya dan berada ibubapa yang malang ini sanggup dilupakannya 
dan yang paling menyedihkan dia 
sanggup memberitahu suaminya bahawa kedua-dua ibubapanya sudah meninggal dunia.
Segala janji yang telah dibuat pada kedua-dua ibubapanya sebelum masuk ke kolej semuanya telah di lupakan yang tinggal hanya janji palsu saja....
Balasannya tetap ada lihatlah bagaimana keadaannya bila ibunya sudah meninggal dunia dan dirinya pula dalam keadaan yang amat menyedihkan kerana telah ditinggalkan suami dan anaknya...
Balasan dari Allah tetap harus dia terima kerana itu semualah yang dapat menyedar dan menginsafkan dirinya bahawa segala-gala yang di lakukan pada kedua-dua ibubapanya itu adalah satu perbuatan yang amat dibenci oleh Allah....
Itulah salah satu cerita yang sepatutnya menjadi panduan pada anak-anak sekarang agar tidak menderhaka pada kedua-dua ibubapa mereka.
Kisah dan cerita tentang anak derhaka ini memang tidak boleh kita pandang remeh kerana isu ini memang sentiasa dan selalu terjadi dimana-mana juga.
Misalnya kisah yang berlaku dahulu "KISAH SI TANGGANG" pun boleh di jadikan teladan dan panduan agar kita tidak menderhaka pada ibubapa kita.Mungkin dahulu lain caranya kerana tidak tahan dengan perangai anaknya itu ibu 
si Tanggang sanggup menyumpah anaknya menjadi batu dan benar jugalah kata orang tua-tua dahulu bahawa sumpahan ibubapa ini tidak boleh dipandang remeh kerana buruk padah akhirnya.
Bila dah terkena sumpahan dan kutukan barulah teringat ibubapa yang hina dan daif itu dan masa itu mungkin sudah terlambat kerana bak kata pepatah orang tua-tua 

"NASI DAH MENJADI BUBUR" dan "TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDURKAN, TERLAJAK KATA BURUK PADAHNYA".....

Segala keperluan anak-anak tetap ibubapa sediakan walaupun hidup didalam kesusahan tanpa wang yang banyak, makan, minum,pakaian,tempat tinggal semuanya disediakan tapi anak-anak sekarang tidak pulak mahu memikirkan akan segala kesusahan yang harus dilalui oleh ibubapa mereka,
yang mereka tahu hanyalah keseronokan saja.
Bapa mencari rezeki untuk anak-anaknya manakala ibu pula yang membesarkan kamu dari sebesar tapak tangan saja hingga kamu menjadi dewasa.
Setiap ibubapa mengharapkan anak-anak berjaya dalam hidup dan akan hidup senang suatu hari nanti,mereka akan tetap mendoakan agar anak-anak mereka sentiasa berjaya didalam apa-apa jua hal 
walaupun anak-anak tidak memperdulikan perasan atau melupakan mereka.
Ingatlah wahai anak-anakku semua agar janganlah kamu menderhaka kepada kedua-dua ibubapa kamu kerana "SYURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU" dan "KASIH AYAH MEMBAWA KE SYURGA".Sanggupkah kamu memperlakukan kedua ibubapa kamu sebegitu rupa????
Dimanakah belas ikhsan kamu pada kedua-dua ibubapa kamu,pandanglah ke wajah dan mata polos orangtua kamu apakah yang kamu nampak wahai anak-anakku sekalian??????
Ibubapa sudah tentu akan merasa teramat-amat sedih sekali bila anak yang dibesarkan menjadi kurang ajar,
tidak mendengar kata dan menderhaka.
Segala-galanya akan terpancar di raut wajah keduanya kesedihan,kesayuan,kepiluan,kehampaan,kesengsaraan dan yang paling ditakutkan bila keduanya mempunyai seribu penyesalan kerana mempunyai anak yang menderhaka ini.
Semoga kita semua tidak tergolong didalam golongan anak-anak yang menderhaka InsyaAllah....
Sayangilah kedua-dua ibubapa kamu selagi mereka masih bernyawa dan janganlah kamu sesekali lupa dan alpa akan keujudan mereka kerana tanpa mereka kamu tidak akan melihat dunia yang fana ini.
Ingatlah pada kedua-dua ibubapa kamu semua dan jangan sekali-kali mudah melupakan segala apa yang telah mereka lakukan pada kamu.
Sayangilah mereka seperti mereka menyayangi diri kamu seadanya dan cubalah 
luahkan pada mereka bahawa kamu begitu menyayangi mereka jangan sekali ingkar akan
 pesanan dan nasihat mereka semoga kamu menjadi anak yang soleh dan solehah 
di dunia dan di akhirat.
-AMIN-


"Seseorang ibu itu tidak akan melaknat anaknya untuk menjadi seorang anak yang derhaka.Jika kita hitung harta kita di dunia ini tidak akan sama nilainya dengan kedua-dua ibubapa kita oleh itu anak-anakku sekalian janganlah jadi anak yang mudah lupa diri dan derhaka pada kedua-dua ibubapa kamu dan ingatlah langit itu tidak selalunya cerah hingga ke petang mungkin akan turun hujan ditengah hari..."


 "Jadilah insan yang berguna dan beriman dimata kedua-dua ibubapa kamu dan 
      janganlah jadi insan yang terlalu hina dihadapan kedua-dua ibubapa kamu"


 "Kita akan menghargainya bila kita kehilangannya"