SALAM 1 MALAYSIA

Assalamulaikum...
Entry hari ini mama nak cerita sikit tentang aiskrim 1Malaysia....
mesti semua tahu apa tu aiskrim 1 Malaysia kan!!!!!
Dulu dipanggil aiskrim Malaysia je 
sekarang dah jadi aiskrim 1Malaysia best juga bunyinya....
Kalau masa zaman kanak-kanak mama dulu 
aiskrim inilah yang selalu dibeli bila dahaga.
Lepas bermain petang-petang ramailah yang ke kedai
 mencari aiskrim malaysia ni sbb dulu aiskrim ni murah je 
berbanding aiskrim yang berjenama.

Di rumah mama buat untuk makan sendiri je 
tapi kalau ada yang rajin nak berniaga 
boleh juga dijual asalkan kena tempatnya pasti laku....
Pada masa dulu semua budak2 tak kira apa sangat 
makan aiskrim apa pun boleh
janji dapat menghilangkan dahaga dan murah plak harganya...
 Dulu harga sebatang aiskrim tu baru 10 sen je
 tapi sekarang sebatang dah naik harganya dalam 30 sen plak 
kiranya ada harga juga sebatang aiskrim ni...
 Harga gula dah naik sekarang harga aiskrim ni pun naiklah jugak la...

 Untuk membuatnya pun senang je tak payah nak susah-payah 
asalkan ada gula pasir,plastiknya dan perasa 
apa yang nak ditambah dah boleh buat sendiri pun.
Buat sendiri lagi berbaloi boleh buat banyak2, 
kalau teringin nak makan ambil je kat peti sejuk,
senangkan tak payah nak gi cari kat kedai....

Kalau nak cara-cara membuatnya pun boleh,
 bancuh je gula dengan air panas atau air suam 
tambahkan perasa apa yang disukai masukkan dalam plastik dan ikatkan.
Bila dah siap masukkan je dalam peti sejuk,
sejukkan sehingga beku pastu dah boleh dimakan....
cubalah kalau nak test buat sendiri mesti best punyer....

Nak buat nanti ikutlah citarasa sendiri nak bubuh apa, 
jagung ke,milo ke,asam boi ke atau apa-apa je janji manis dan sedap.
Kalau dah pandai buat tu bolehlah dijual kat tepi padang sekolah 
bila petang2 mesti laku punyer kira dapat cari pendapatan sendiri juga tu. 
Sekarang inikan dah lepas berpuasa dah musim panas 
aiskrim ini mesti lakunya sebab ianya murah 
dan budak2 sekolah pasti suka...
Ok lah yer semoga berjaya dan selamat mencuba....

 Inilah aiskrim 1malaysia

perasa sirap bandung yang mama buat sendiri