Allhamdullilah selamat sudah majlis pertunangan anak perempuan sulungku yang diadakan pada 1.1.2011 tempuhari.Buat anakku jadilah tunangan dan bakal seorang isteri yang setia selamanya mak akan selalu mendoakan agar semuanya di bawah lindungan Allah selalu.Majlis bertunang itu dijalankan dalam susana yang tenang dan gembira.Kedua-dua belah pihak telah mencapai kata sepakat dan majlis kenduri kawinnya akan dilangsungkan dalam tahun ini juga.Rombongan pihak lelaki membawa barang hantaran sebanyak 9 dulang dan dibalas sebanyak 15 dulang dari pihak perempuan.Segala persiapannya ku lakukan sendiri daripada mengubah hantaran hinggalah ke jamuan makanan semuanya itu ku lakukan sendiri.Aku akan merasa amat berpuas hati bila gubahan hantaran itu siap dan segala lauk-pauk dan majlisnya berjalan dengan lancar sekali.
Dalam majlis bertunang ini bolehlah ku lakukan sendiri kerana jemputannya pun tidaklah seramai mana pun tapi jika majlis kawinnya nanti terpaksalah gunakan khidmat catering (dah ramai jemputan tak larat rasanya kalau nak masak sendiri )Semuga jodoh mereka kekal hingga hujung nyawa itulah doa seorang ibu buat anak kesayangannya.Ingat pesan mak agar jadilah seorang  anak, tunang,bakal isteri dan menantu yang baik jaga nama baik keluarga selama-lamanya.
Ku rasa cukuplah entryku untuk hari ini,sebab badan aku hari ini sebenarnya tidak berapa sihat (demam plak bila dah dapat menantu ni hehehe)ku postkan disini gambar-gambar sewaktu majlis pertunangan itu tempohari buat tatapan teman sekalian.Hingga kita bertemu lagi di entry yang lain.


cincin dijari pengikat janji 

saudara-mara pihak perempuan

rombongan dari pihak lelaki

berbincang wakil lelaki dan perempuan

perbincangan sedang dijalankan

bakal ibu mentua menyarungkan cincin pertunangan

cincin untuk bakal menantu

ayah dan ibu pihak lelaki

ayah dan ibu pihak perempuan

selamat ditunangkan

barang hantaran pihak lelaki

anak perempuan sulungku

jamuan makan nasi bryani

lauk-pauk