Jumaat,26 nov 2010
Hari ini aku ke kedai membuat hantaran perkahwinan (bukan aku yang nak kawin tapi anak sulungku)....pergi kedai ini pun dengan mereka....ingat saja-saja nak tengok rupa-rupanya ada yang berkenan dan terus je la beli....konon nya nak beli bekas hantaran yang dah siap je tapi bila tengok kat tag harga aduhhh punya la mahal.... satu bekas je dah menjangkau 50 ke 80 ringgit tu baru satu bekas kalau 10 bekas dah beratus duitnya..
pening...pening bila fikir macam-macam nak dibeli susah betul nak buat majlis pertunangan atau majlis perkahwinan ni kalau majlis kawin nanti boleh la buat yang grand sikit guna wedding planner je (tu pun kalau ada budget lebih boleh la kalau tak ada nak buat macam mane ikut kemampuan je...hehehe..)
untuk majlis bertunang ni buat yang simple sudah janji majlis tu berjalan dengan lancar... ni baru je majlis bertunang dah pening kepala belum lagi majlis kawinnya adusss ....fikir punya fikir aku rasa buat sendiri je la bekas-bekas hantaran tu rasanya lebih jimat dan rasa puas hati tengok hasil kerjatangan sendiri.....rasanya aku gunakan kotak plastik je la pastu bubuh reben,letak bunga mesti hasilnya nanti jadi cantik......
kotak plastik tu lebih senang nak dibawa lagi pun sebelah pihak lelaki pun jauh, jadi mereka nak bawa balik pun senang tak lah berterabur nanti barang-barang tu....kotak plastik, reben, renda, gun gam, gam,bunga entah apa lagi lupa plak.......asyik je la lupa aku ni kalau macam ni aku kene buat list apa yang penting akan di beli dan apa yang penting nak dibuat kalau tak nanti ada je yang lupa....
 Sampai je kat rumah aku terus bersiap-sedia untuk menjalankan misi....tak sabar-sabar rasanya nak menyiapkan barang-barang hantaran tu...(teringin nak tengok hasil kerjatangan sendiri)...hehehe.....
kene perli plak dengan hubby ku..."yer la orang nak dapat menantu la katakan tak menyempat-nyempat nak membuatnya... kalau boleh semuanya  tu nak disiapkan cepat-cepat.."hahaha...ketawa besar hubbyku....tak kira la apa yang hubby ku nak katakan janji aku dapat menyiapkan barang-barang hantaran tu dengan cepat....
sekejap je aku menyiapkan bekas-bekas tu...tapi gambar-gambarnya tak boleh la aku siarkan lagi nanti tak surprise  jadinya...(kalau nak tengok gambar hasiltanganku itu ikutilah sambungannya part 2).... di bawah ini hanya gambar barang-barang yang aku beli di kedai hantaran tadi....
jangan lupa ikuti sambungannya nanti....
-"Hantaran Bertunang Part 2"-




                              
barang-barang yang digunakan untuk buat hantaran

 

reben yang di buat sendiri...