ASSALAMUALAIKUM...
BESAN BAGI BUAH TANGAN DARI INDONESIA | Semalam ikut anak menantu pergi ke rumah besan di Pontian.Kebetulan anak nak pergi melawat mentuanya mama pun ambil peluang ikut sekali..singgah pun tak lama sebab besan ada majlis undangan kawin semalam..dapat juga jumpa besan tu walaupun sekejap.

 Kebetulan besan mama ni baru saja balik dari lawatan kerja di Indonesia.Alhamdullilah ada juga ole-ole yang di bawa dari sana untuk mama dan hubby..Baju kemeja batik buat hubby dan blouse batik untuk mama..
 
Terima kasih banyak-banyak wahai besanku kerana ada juga buah tangan dan ingatan untuk kami..semoga terus murah rezeki hendaknya..

p/s alhamdullilah kedua-dua besan mama baik orangnya...