21 May 2018

# resepi masakan

RESEPI BERGEDIL COMEL

ASSALAMUALAIKUM...
Resipi Bergedil Comel | Daging ini adalah lebihan ketika mama membuat tauhu bergedil tempohari..jadi mama bulat-bulatkan dan simpan di dalam peti ais...bila nak goreng tinggal keluarkan jer..nk tahu ceritanya bolehlah tekan sini...kalau nak tahu resepinya bolehlah mama sharekan cara mudah bagaimana nak membuatnya...
Bahan yang diperlukan adalah daging cincang, kentang daun sup,bawang goreng,hirisan dadu bawang merah dan bawang putih, garam,serbuk perasa,lada sulah,minyak untuk menggoreng dan telur untuk salutannya...kentang peelu direbus terlebih dahulu..setelah masak lenyek-lenyekkan kentang rebus sehingga hancur...
Cara memasaknya panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih ke dalam kuali..bila dah garing masukkan daging cincang ke dalamnya dan kacau sehingga air daging kering...masukkan garam,serbuk perasa dan lada sulah...gaulkan sehingga rata...
Gaulkan isi daging yang telah siap dimasak dengan kentang yang sudah dilenyek tadi...masukkan bawang goreng dan hirisan daun sup dan gaulkan kesemua bahan sehingga rata...setelah itu bolehlah dibulat-bulatkan bahan yang telah digaulkan tadi,buatlah sehingga selesai..bergedil daging bolehlah digoreng dengan salutan telur yee...gorenglah sehingga kekuning-kuningan....siap untuk dimakan bersama nasi atau dimasukkan ke dalam menu soto nasi...okay korang selamat mencuba yer...

p/s sehari satu menu yer....

5 comments: