02 October 2017

# resepi masakan

RESEPI | KERABU TAUGE TOGEL

ASSALAMUALAIKUM...
Inilah resepi yang mama rasa paling membuka selera mama makan tengahari...walaupun kekurangan bahannya tapi fuyooo rasa sedap sesangat..makan tengahari pun bertambah-tambahlah nasinya..buat pun sedikit jer untuk makan seorang...nama pun kerabu togel jadi bahannya pun taklah banyak...apa yang ada mama letakkan jer...anak mama yang kedua tu pun suka juga makan kerabu ni tapi tunggu dia balik kerja baru mama buatkan untuk dia pula..jomlah korang kalau nak tengok resepi kerabu togel mama ni...


Bahan yang cukup simple sangat...
Tauge
bawang merah
cili padi
air limau kasturi
sos ikan
udang kering
sedikit garam
serbuk perasa

Caranya...
1-Potong ekor tauge,potong bawang ikut suka nak macam mana...
2-Masukkan ke dalam satu bekas tauge,hirisan bawang, cili padi dan udang kering yang telah ditumbuk halus.
3-Perahkan air limau kasturi,masukkan sedikit garam,sos ikan dan serbuk perasa.Gaulkan kesemua bahan tadi sehingga rata...okay siap kerabu tauge togel mama ni...korang kalau nak cuba bolehlah mencuba...ikut suka nak letak apa pun...kalau ada sotong pun sedap juga...

1 comment:

  1. simpel n cepat... taugeh sgt bagus khasiatnya...

    ReplyDelete