06 September 2017

# resepi masakan

RESEPI | PACERI NENAS RESEPI MUDAH

ASSALAMUALAIKUM...
\

Lama rasanya mama tak postkan entri resepi kat sini...hari ni nak post satu entri simple Paceri Nenas la...sedap makan dengan nasi putih atau dengan nasi briyani...jomlah kita tengok resepinya kat bawah ni...

Bahan yang diperlukan
1 biji nenas
rempah kari
sedikit gula
udang kering
kerisik,rempah 4 sekawan
bawang putih dan merah
halia, minyak ,garam dan serbuk perasa

Cara-cara memasak yang mudah
1-Kupas nenas ikut cara sendiri basuh dan tepikan dahulu.Ambil halia,bawang merah,bawang putih,udang kering dan tumbuk kesemua bahan tadi..
2-Ambil rempah kari bancuh jadikan pes.Basuhkan sedikit rempah 4 sekawan dan toskan.
3-Panaskan kuali dan tumiskan rempah 4 sekawan dan juga bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga garing.
4-Masukkan pula pes rempah kari tadi dan kacau sehingga garing.kalau pekat masukkan sedikit air..setelah itu masukkan garam,gula dan serbuk perasa secukupnya.
5-Akhir sekali masukkan nenas ke dalam rempah tumis dan kacau sehingga rata dan biarkan nenas masak sebentar.Paceri nenas siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba korang..

Entri berkaitan..





No comments:

Post a Comment